Header Ads

Pandangan Aku Mengenai BERSIH



Kalau nak tahu cerita mengenai Perhimpunan Bersih, Syed rasa dah banyak sangat dah dekat Internet. Korang boleh Google je. Besepah link akan keluar pasal Bersih ni. Mana-mana laman sosial yang kita layari, tak kira Facebook ataupun Twitter, akan terpapar link-link mengenai Bersih. Boleh dikatakan 'Story of The Week' lah.



Perhimpunan yang ingin menuntut pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan adil dan BERSIH ini telah berjaya menarik kira-kira 300,000 orang peserta. Rakyat-rakyat Malaysia yang bersuara rata-rata mahukan sebuah reformasi dalam negara dan sekaligus ingin menuntut pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi dijalankan dengan seBERSIH-BERSIHnya. Perhimpunan yang seharusnya diadakan secara aman telah menjadi kecoh. Apakah sebenarnya sebab berlakunya kekecohan ni?? Ini hanya pandangan Syed. Syed tak menyokong mana-mana pihak dalam hal ini. Cuma ingin berkongsi pandangan peribadi Syed. 
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membenarkan rakyat untuk bersuara. Bagus, itu kan tindakan yang baik. Kata negara berdemokrasi. Rakyat perlukan hak untuk bersuara. Dari segi itu kita lihat BN ada tolak ansur dalam menangani aduan dan kehendak rakyat di Malaysia. Jika kita mengikuti perkembangan perhimpuanan BERSIH ni dari awal, kita lihat bahawa sejak dari pagi, perhimpuanan memang dalam keadaaan terkawal dan tenang. Tiada sebarang kekecohan yang berlaku dari lima penjuru yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur





Sesiapa yang berada di perhimpunan BERSIH sudah pasti tahu kisah sebenar disebalik kekecohan yg terjadi. Kalau nak ikutkan, tak akan jadi kecoh sebab perhimpuanan ni nak diadakan secara aman, dan kerajaan sendiri telah luluskan untuk berhimpun. Kekecohan start apabila dikatakan ada antara peserta BERSIH telah memasuki kawasan larangan berkumpul iaitu di Dataran Merdeka. Syed dapat tahu bahawa peserta sudah pun ingin bersurai dari perhimpunan tersebut. Tiba-tiba pihak FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan telah menyembur peserta dengan Water Cannon kerana ada peserta yang cuba merempuh pasukan FRU. Tetapi benarkah yang merempuh itu peserta BERSIH?

Insiden-insiden yang tak sepatutnya berlaku yang menyebabkan kecederaan kepada orang awam perlu disiasat oleh pihak bertanggungjawab. Daripada video ini, kenapa perlu ada penapisan oleh pihak Astro?


Dan ni pulak video yang telah diedit oleh Lumierasia. Satu video yang menarik untuk ditonton. Video ini menceritakan segala-galanya. Saksikan.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.