Header Ads

Cara Mengakses Website yang di Blok - Senang Je,



Salam Share. Hai uols. Korang semua tengok Maharaja Lawak ke tadi?? Minggu ni tema ape?? Yang aku tau si Jihan tu terkeluar kan. Hehe. Tu pun tanya member kt Facebuk je. Walawe, si Amir terselamat lagi nampaknye. Haha. Lucky laki betul si Amir ni. Tapi tak tau la kot-kot minggu ni si Amir tu perform ok ke, sebab aku tak tengok. Maklum la, tak amik pakej warna. Apa-apa pun aku sokong Nabil. Gila brilliant lawak dia. "ah Datuk Mahathir apa kata kita buat bangunan berkembar?? Ahh, namanya..KLCbil" Haha. Babeng pecah perut aku tengok yang minggu lepas punya. Tak pe esok pagi keluar dekat internet download je. Hehe.

Aku ni merupakan salah seorang costumer P1 Wimax sejak dari tahun 2010 lagi. Well aku perasan yang pihak P1 ada block certain-certain website dan blog yang diakses melalui server P1. Benda yang paling aku sakit hati bila website yang selalu aku blogwalking tak boleh nak akses. Macam haram je. Masa tak reti dulu, aku punye la bengong pegi refresh page banyak kali. Yang tak leh blahnya, sampai restart firefox aku buat tapi still tak boleh nak akses jugak. Bengong x bengong aku time tu. Haha.

So semalam aku baru terjumpa cara mengakses website yang di blok oleh encik P1 selepas selesai aku membuat perhitungan dengan pak cik 'Google'. Caranya mudah je. Korang hanya perlu tukar DNS server je. So ikut langkah-langkah di bawah ye.

Cara Ini Sesuai untuk Semua Berukband di Malaysia termasuklah Streamyx dan P1 Wimax

1. Masuk ke Network Connections di bahagian Control Panel.
2. Pilih bahagian Dail up atau LAN untuk ditukar.  
3. Klik pada bahagian Properties.

4. Then klik di bahagian TCP/IPv4.

4. Kemudian anda masukkanlah DNS yang anda mahukan. 


Apabila kita telah menukar DNS server maka kita akan dapat mengakses laman yg telah di blok di Malaysia dan dengan pemilihan DNS server yang bagus anda juga telah melajukan akses internet anda.

 Free DNS Server yang terbuka di luar dan boleh digunakan adalah :-
= Service provider: Google
Google public dns server IP address:
* 8.8.8.8
* 8.8.4.4

= Service provider:Dnsadvantage
Dnsadvantage free dns server list:
* 156.154.70.1
* 156.154.71.1

=Service provider:OpenDNS
OpenDNS free dns server list / IP address:
* 208.67.222.222
* 208.67.220.220

=> Service provider:Norton
Norton free dns server list / IP address:
* 198.153.192.1
* 198.153.194.1

= Service provider: GTEI DNS (now Verizon)
Public Name server IP address:
* 4.2.2.1
* 4.2.2.2
* 4.2.2.3
* 4.2.2.4
* 4.2.2.5
* 4.2.2.6

= Service provider: ScrubIt
Public dns server address:
* 67.138.54.100
* 207.225.209.66

1 comment:

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.