Header Ads

Oh Teringat!!

 

Dalam sedar tak sedar, dah habis 1 semester aku belajar di Matrikulasi Gopeng ni. Kalau orang tanya aku, belajar mana lagi seronok sekolah ke matrik, sekolah sebenarnya lagi menyeronokan. Memang aku tak nafikan budak-budak sekolah rasa macam tak nak belajar, nak habis masa persekolah cepat-cepat kalau boleh. Macam-macam la diorang rasa yang tak betul tentang sekolah baik dari segi pembelajaran dan pengajaran (P&P), dari segi pakaian, peraturan, masa persekolahan dan macam-macam lagi. Manusia memang begitu. Tak pernah cuba nak mengamati masa yang dilalui dengan sebenar-benarnya.


Macam aku cakap tadi, zaman sekolah merupakan zaman paling seronok sepanjang 18 tahun aku hidup. Zaman persekolahan hanya sekali seumur hidup. Zaman ni la kita mula belajar erti sebenar kehidupan. Zaman yang penuh dengan warna-warni yang menceriakan kehidupan kita. Dan zaman ni la kawan-kawan banyak mempengaruhi segala tindakan dan perlakuan kita. Alhmdulilah walaupun dulu aku kawan dengan semua jenis orang, aku masih boleh kawal diri aku untuk tak terpengaruh dengan sikap-sikap negatif segelintir daripada mereka. Mungkin berkat dari didikan yang ibu bapa aku sejak kecil yang sentiasa menasihati aku agar jangan mudah ikut perangai orang lain. Jadilah diri sendiri kerana kita punya kelebihan masing-masing.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.