Header Ads

Shared Server || Kolej Matrikulas Perak A3t11



Dah lama sebenarnya Syed pasang niat untuk mulakan balik hobi menulis blog ni. Since dah lama sangat Syed dah tinggalkan semua ni, jadi bila nak mula balik berblogging ni agak susah la nak dpt momentum kan. 2 semester dah Syed tinggal blog ni tanpa sebarang update. Bukan tak update je, tengok pun tidak. Mungkin atas faktor internet yang sangat terhad dekat tempat Syed ni. Bayangkan dekat aras Syed ada 2 orang je member Syed yang ada broadband, tambah pulak wifi kolej ni memang 'Superb' sangat. Macam biskut Chipsmore line die, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekarang baru Syed sedar betapa bernilainya P1 yang ada dekat rumah tu. Walaupun tak berapa nak laju, sekurang-kurangnya membolehkan Syed nak online FB dan berblog ni. Ni pun Syed jadikan hp Syed ni sebagai modem. Nampak sangat terdesaknye kan kan..
Sedar-sedar bila log in akaun blogger ni, interface blogger ni dah tukar. Good job to Google. Siap ada tutorial video lagi bagi yang masih pening dan semak bila tengok interface baru ni. Syed pun tak sure bile Google start guna interface baru ni, tapi it looks nice. Maybe sudah tiba masanya free hosted blog dari Google nak bersaing dengan Self Hosted blog from Wordpress. Hehe. Self-hosted..Self-hosted..Self-hosted..teringin rasanya nak berpindah kepada self hosted. Insya allah dalam masa terdekat ini dengan izin-Nya blog ini akan mengunakan Self Hosted not free hosted anymore. Yeah.


Pagi-pagi ni tetibe rasa macam nak menulis balik dekat blog ini sebab dapat inspirasi dan kekuatan untuk menulis lepas baca balik artikel yang ada dalam blog En. Khai. #justkhai. Hehe. Bile belek-belek entri yang ajar tutorial untuk berblog dengan self hosted, terus Syed pasang niat nak berpindah kepada Wordpress. Bak kata pepatah " Belum Cuba Belum Tahu". Walaupun agak leceh sebab nak kena setting sendiri, lebih baik kita mencuba biar susah mana pun halangan mendatang. Arghh dah bosan guna blogspot nih. hehe. Tambah pulak minggu depan adalah last week aku dekat Matrikulasi ni, bila sampai je rumah nanti Syed akan cuba cari maklumat dari Google tentang Self Hosted dan akan cuba memulakan misi baru Syed ni.  Maklumlah, Syed bukannya student IT, Science Comp, or what so ever, jadi Pak Cik Google la jadi bahan rujukan dan lecturer nye.hehe.(tengah final ni, boleh pulak tetibe ade mood nak update blog kan. Peliknya).
Minggu terakhir di Matrikulasi. Tinggal lagi 5 hari sebelum melangkahkan kaki meninggalkan Kolej Matrikulasi Perak. Lebih kurang 10 bulan berada disini, banyak yang telah Syed pelajari sebenarnya. Dengan rakan-rakan yang sangat memahami, sering memberi bantuan, pensyarah-pensyarah, ibu bapa yang tidak putus-putus mendoakkan anaknya untuk terus berjaya dan tak lupa kepada kekasih hati Syed yang sering memberi semangat untuk terus berjuang di sini. Kalau nak diceritakan satu persatu pengalaman berada di Matrikulasi Perak ni, memang panjang. Insya Allah, akanku nukilkan satu entri KHAS untuk Syed ceritakan mengenai kehidupan Syed sepanjang berada di Matrikulasi Perak.

Dan sebaik sahaja tamat pengajian Syed di sini, Syed akan cuba mula membina sebuah lagi blog yang akan memuatkan berita-berita teknologi. Apa-apa pun ini, perancangan mesti ada dalam sesebuah organisasi, hehe. Semangat dah dapat balik. Doakan yang terbaik untuk blog ni ye kawan-kawan. Ok. Masa untuk baca nota sikit. Setakat ini saje la ye. Selamat Pagi semua. Assalamualaikum.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.