Header Ads

P1 Beyond Broadband - Wimax Signal

Assalamualaikum..
Hai uols, harini aku merajinkan diri aku ni untuk nak tulis entri dekat blog aku ni. Orang lain dah sedap-sedap dekat atas katil tengah tidur, aku ni bersusah-payah nak tulis entri dalam blog aku ni. Tapi tak apalah, dah terbiasa tulis entri time-time macam ni kan. So memang payah nak ubah. Sebab apa aku suka tulis entri waktu macam ni?? Time macam ni aku bebas dari segala gangguan. Pukul 1 pagi ni adik-adik aku yang riuh tu dah tidur. Biasala budak sekolah kan kena la ikut jadual. Tu yang buat aku suka sangat tulis artikel time-time macam ni. Hehe. 

Untuk makluman korang, aku ni adalah salah seorang daripada beribu-ribu subscribe P1 Wimax ni. Aku dah pakai dekat lima bulan dah produk P1 ni. Bulan pertama aku guna P1 Wimax ni, ada beberapa masalah sikit yang aku hadapi. First of all, aku memang tak puas hati dengan internet connection dia yang tak stabil. Kalau dah tak stabil tu, paham-pahamla kan. Speed internet yang slow mengalahkan celcom and maxis berukband tu. Kalau korang yang pernah pakai mana-mana berukband diatas tu, korang akan paham macam mana slownya internet aku time tu.

Itu masalah aku yang pertama. Then datang lagi satu masalah yang lebih besar and dalam bulan pertama aku subscribe P1 ni. Masalah aku kali ni bersangkut dengan bil yang aku perlu bayar untuk bulan yang pertama. Kalau ikut kontrak, first month aku perlu bayar RM 69.00 dan semasa daftar dulu aku dah pun bayar RM 100 sebab aku amik package sekali dengan P1 broadband. So, bila aku check bil P1 aku, terkejut sebab aku kene bayar RM 120 untuk first bil aku, sedangkan dalam kontrak aku hanya perlu bayar RM69 je. Aku pun terus telefon pihak P1 dan cerita kat diorang tentang bil aku ni. Pihak P1 dengan segera mengambil tindakan dan untuk bil pada bulan kedua aku hanya perlu bayar RM 9 sebab bulan pertama aku kene bayar RM120. Dan untuk bulan kedua bil yang datang hanya RM 9 je. Aku memang tabik la P1 punya customer service yang mesra pelanggan dan cepat mengambil tindakan kalau customer ada apa-apa masalah. Congrates to P1 Wimax. Dan bulan-bulan yang seterusnya P1 Wimax beraksi dengan cemerlang tanpa sebarang masalah. 


* Iklan P1 Wimax. Abang dah potong?? Of coz..Haha..

Sejarah Packet One Network - Wikipedia
Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada bulan Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar. 

Aku pun sebenarnya baru tahu tentang benda ni. So, aku rasa benda ni patut aku share sama-sama dengan korang kat luar sana. Ilmu yang ada jangan la nak kedekut nak kongsi betul tak?? Lagi banyak kita kongsi dengan orang lagi banyak ilmu yang kita dapat. Sharing is Caring. Untuk dapatkan Wimax Signal yang maximum, apa yang korang perlu buat ialah :

1. Pastikan Modem Wimax pada posisi yang betul.

2. Login ke Wimax Main Page. URL-http://10.1.1.254-

2.Pergi ke main page dan tengok dekat maklumat Physical Status.
Ok, bila korang dah bukak sampai sini, korang ushar dekat bahagian Physical Status tu ada RSSI (Received Signal Strength Indication). Korang try adjust kedudukan modem P1 korang tu. Adjust sampai la RSSI tu dapat negative value yang paling kecil. Bila dah dapat nilai yang paling kecil means tu la kedudukan modem korang yang sebenar. Nampak tak button off dekat atas sebelah kanan tu?? Button off tu adalah button untuk korang reset modem wimax korang dengan cara yang betul. Walaupun agak renyah nak kene login bagai, tapi ni lah cara yang betul untuk korang nak reset modem wimax korang tu..So Selanat Mencuba.

Sumber | info : Justkhai

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.