Header Ads

Xiaomi Mi4 Dan MiBand Dilancarkan Secara Rasmi

Selepas berjaya mencuri perhatian dengan peranti Mi3, Xiaomi telah pun memperkenalkan flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi4 secara rasmi dengan spesifikasi hebat. Xiaomi Mi4 didatangkan bersama-sama skrin sebesar 5 inci dengan resolusi HD penuh 1920x1080 piksel.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi4 dilengkapi dengan cip pemprosesan Quad Core 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801, Cip Grafik Adreno 330, 3GB RAM,  storan dalaman sebesar 16GB/64GB, 13 megapiksel pada kamera utama dan kamera hadapan sebesar 8 megapiksel.

Xiaomi Mi4 ini dilengkapi dengan bateri berkapsiti 3080mAh yang dikatakan boleh bertahan lebih satu hari dengan penggunaan normal. Selain itu, Xiaomi memberitahu Mi4 ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri pengecasan pantas yang membolehkan smartphone tersebut dicas sehingga 60 peratus hanya dalam masa satu jam.

Dari segi reka bentuk, badan Xiaomi Mi4 diperbuat daripada Stainless Steel Metal dengan rekaan premium manakala pada bahagian belakang peranti pula, ianya menggunakan penutup plastik yang boleh ditukarkan mengikut citarasa pengguna.

Xiaomi turut memperlihatkan statistik terkini jualan smartphone keluaran mereka yang mana peranti Mi3 telah pun terjual sebanyak 10.5 juta unit setakat ini manakala jualan peranti Redmi telah mececah 17.9 juta di seluruh dunia ketika ini.


Buat masa ini, bilakah peranti Mi4 ini akan memasuki pasaran Malaysia masih belum diketahui dan harga yang ditawarkan kepada pengguna di China ialah RMB1999, sekitar RM1020 bagi model 16GB.



MiBand


Turut dilancarkan bersama-sama dengan peranti Mi4 ini ialah wearable device pertama dari mereka iaitu Mi Band. Mi Band merupakan gelang tangan pintar yang boleh mecatat akitiviti kecergasaan serta corak tidur pengguna. Peranti Mi Band ini ditawarkan dalam pelbagai warna iaitu oren, pink, biru, hijau dan turut ditawarkan dengan rekaan stainless steel dan kulit bagi yang inginkan kelainan.



Sama eperti wearable device yang lain, Mi Band mempunyai sensor untuk mengesan aktiviti kecergasan selain turut mempunyai fungsi alarm dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 hari selepas pengecasan penuh dilakukan. Xiaomi Mi Band mempunyai standard IP67 iaitu kalis air dan habuk dan pengguna boleh mengakses peranti Xiaomi secara terus tanpa perlu memasukkan kata laluan.

Xiaomi Mi Band ini dijual secara berasingan dan berharga RMB79 untuk pasaran China dan harga apabila ianya mula dijual di Malaysia sekitar RM40 sahaja.

Rujukan: Xiaomi

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.