Header Ads

Wow, iPhone 5 akan menggunakan kamera 8 Megapixel



Share kali ni aku nak sembang-sembang pasal Smart Phone keluaran Apple. Apple sememangnya terkenal dengan gadget yang hebat seperti Mac, iPod, iPhone dan iPad. Walaupun aku tak ada gadget macam iPhone dan iPad ni, sebab harga dia memang mahal gila, tak mampu aku, haha, tapi aku dapat merasa la pakai iPod 4 generation a.k.a iPod Touch. Serius, iPod 4 generation ni functionnya sama dengan iPhone tapi just tak boleh nak call dan message. Tapi function-function seperti surfing internet, dengar lagu, gamming semua boleh dilakukan dengan iPod Touch ni. Ok stop pasal iPod Touch ni.

Ok, berbalik kepada share asal,  iPhone yang mula diperkenalkan pada dunia ialah pada tahun 2007. Setiap tahun iPhone akan mengeluarkan produk terbaru mereka dan pada tahun 2010 iPhone telah mengeluarkan Smart Phone generasi ke 4 mereka iaitu iPhone 4. Dan pada tahun ini, iPhone dijangka akan mengeluarkan Smart Phone generasi ke 5 mereka iaitu iPhone 5. Walaupun spesifikasi mengenai iPhone 5 belum lagi diketahui, namum beberapa hari lalu, CEO Sony secara tidak sengaja telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menyediakan sensor kamera untuk iPhone yang akan datang.

Kabar angin yang kuat mengatakan bahawa iPhone 5 bakal memuatkan lens 8 Megapixel untuk Smart Phone terbaru mereka. Sony yang terkenal dengan kecanggihan dan kualiti kamera yang baik bakal mengintergrasikan teknologi mereka bersama iPhone yang akan datang. So, felles, lets wait and see yeah.

Kredit gambar : OhAppleMY | Shiblivision | Kredit artikle : Amanz.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.