Header Ads

Tips untuk Memilih Tablet Terbaik







Share kali ni aku nak sembang-sembang pasal tablet PC yang menjadi trend masa kini. Kalau dulu bile keluar lepak McD semua orang duk sibuk usung laptop siap bawak charger, mouse (bukan wireless ok, yang wire 2 meter panjang tu) yang lagi fuuuuuu siap bawak cooler laptop. Adoi. Haha. Tapi tu dulu. Sekarang ni, asal keluar lepak Old Town semua pakat bawak keluar iPad, Galaxy Tab dan segala bagai tablet PC yang awesome. Sekarang ni yang aku tersangat lah jeles dengan keseksian tablet keluaran Apple iaitu iPad 2. Serius kalau aku nampak dekat mana-mana mamak stall, conform aku rembat kalau ada peluang.hehe. 

Aku dah pun baca beberapa review mengenai iPad generasi ke-2 ni. Dan dari review-review tu memang membuatkan aku bertambah-tambah la nak memiliki tablet ni. Dan untuk memiliki tablet ni jugak, aku terpaksa fikir 10 kali sebab harganya yang bukan 3 ke 4 ratus. Harga ada 2 ke 3 ribu jugak la. Oh Apple kenapa hargamu sangatlah rendah sampai aku tak termampu nak memilkinya. Dan bila la kerajaan nak mengecualikan cukai atas barang-barang ni ye?? Dalam bajet dulu rasenye ada mention kan pasal benda ni. Harap-harap cepat sikit la laksanakan.

Adakah perlu untuk seseorang memiliki tablet PC ni?? First tanya diri korang, perlu ke korang ade sebuah tablet PC sedangkan korang dah ada netbook or laptop dan Smart Phone yang membolehkan korang untuk mengakeses internetkan?? Biasanya golongan-golongan yang menggunakan tablet PC ni, kebanyakannya untuk check emali, surfing internet dan semestinya untuk menghilangkan kebosanan dengan apps dan game yang ada. Simple word for tablet PC ni ialah ianya seperti memiliki sebuah laptop ringan dan nipis dengan paparan skrin yang besar. Berbelanja mengikut keperluan dan janganlah hanya sebab orang lain ada korang pun nak ada benda tu. Kan membazir tu saudara syaitan. Tak baik. Hehe..



Tablet PC ni sama je dengan desktop korang tu yang menggunakan operating system yang tersendiri. Dengan memilih OS yang tepat dan menepati citarasa anda. Contohnya Apple yang menggunakan iOS untuk iPad dan kesemua Smart Phone mereka termasuklah iPod. Mungkin kebanyakan dari anda sudah tahu apa itu iOS walaupun anda tidak pernah memiliki apa-apa peranti dari Apple ini. Pada iPad dan iPad 2, iOS yang digunakan tidak banyak perbezaan dari iPhone yang mana sedikit touchup dilakukan untuk iOS iPad sekali gus memberi kelebihan kepada iPad yang mempunyai skrin 9.7 inci ini. Apple dilihat mempunyai kekuatan pada Apps Store mereka yang sangat mudah digunakan dan mempunyai pelbagai pilihan untuk mendowload apps iPad iaitu sebanyak 65000 apps yang telah didownload melalui iPad.

Ok beralih kepada Android. Honeycomb or Android 3.0 yang didesign khusus untuk tablet seperti yang digunapakai oleh Motorola XOOM yang menjadikan satu-satunya pesiang tegar kepada iPad buat masa ini. Suatu yang dapat dibanggakan oleh pengguna Android ialah dengan beberapa ciri-ciri baru seperti multitasking yang lebih visual dari iOS dan notification email yang terkini. Tetapi hanya dengan dua ciri ini, Android masih tidak dapat menandingi Apple jika dilihat dari perspektif yang lebih luas. Misalnya homescreen atau menu yang boleh  organize dengan pelbagai cara yang kadang-kadang dilihat tidak begitu tersusun jika dibandingkan dengan sistem folder yang ada pada iOS.

Seperti yang diberitahu, tablet PC kebanyakannya digunakan untuk surfing internet, gamming dan sebagainya. SIze skrin memainkan peranan penting kerana dengan size skrin yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar (sedang-sedang) ianya akan memberi keselesaan kepada pengguna yang mengguanakan tablet PC ini. So rasanya cukup setakat ni untuk kali ni ye. Ni just pendapat peribadi aku ok. Kepada pengguna android, jangan nak marah-marah or emo ok. Just my personal oppinions. Andorid bukannya tak bagus, tapi masih tidak dapat menandingi produk Apple yang sangat kreatif dan inovatif dalam produk keluaran mereka. Lain orang lain pendapat. Kalau ada part yang salah fakta tolong betulkan ok. Thanks kepada yang sudi membaca. Love You All.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.