Header Ads

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Aku lambar sikit update pasal ni. Beratus-ribu blog dah update pasal berita ni. Ah, tak palah, aku sitll nak update jugak. Cuma lambat sikit je kan. Ok, seperti yang sedia maklum 3 April 2010 telah berlangsung salah satu anugerah berprestij tanah air yang saban tahun diadakan di Malaysia. Berlangsung di Arena of Stars Genting Highland, anugerah berprestij ini diadakan adalah untuk menghargai bakat para artis tempatan yang mewarnai dunia hiburan tanah air. Anugerah Bintang Paling Popular 2010 dirangkul oleh Shaheizy Sam yang popular melalui filem Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 1-2, Nangkung dan akan menyusul pada bulan Mei 2011 filem Kongsi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam. Berikut adalah senarai penuh para pemenang :
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan 
Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani 
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular - 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam 
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato Rosnani Jamil 
Anugerah Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
sumber : gua-ohartis

Paling best ialah waktu nak mengumumkan Bintang Paling Popular 2010 apabila watak filem Hantu Kak Limah muncul sekali gus memberi anungerah tersebut. Tahniah kepada Usop Wilcar dan Abi Hurairah kerana memeriahkan lagi Anugerah berprestij ini. Dialog-dialog dalam filem Hantu Kak Limah yang super kelakar tu. Haha..ni dia time Usop dengan Abi Hurairah masuk.    



Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010. Diharap dengan anugerah ini dapat menjadikan anda lebih berjaya di masa akan datang. Tak sabar nak tengok filem terbaru lakonan Shaheizy Sam - Kongsi pada Mei 2011. Ni ushar dulu trailer Kongsi - Lu Langsi Lu Mati. Terbaik.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.