Header Ads

KRU - Hikayat Merong Mahawangsa

Korang yang kaki wayang mesti dah tak sabar-sabar nak tengok filem ni ? Hikayat Merong Mahawangsa. Kepada sesapa yang tak tahu or buat-buat tak tahu, ni Syed nak bagi tahu. Hikayat Merong Mahwangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2 terbitan KRU Studio arahan Yusri Abdul Halim.

Sememangnya filem-filem terbitan KRU Studio terkenal dengan penggunaan teknik CGI. Seperti filem-filem sebelumnya teknik CGI yang digunakkan semakin bertambah baik jika dibandingkan dengan filem Cicak Man, Brain Scan dan Magika. Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan filem ke-8 terbitan KRU Studio. Filem ini mempunyai pelbagai tajuk kerana ianya ditayangkan kepada 25 buah negara dan di eropah tajuknya ialah The Malay Chronicle : Bloodlines.

Sumber daripada Oh! Media Fanpage. semalam merupakan tayangan media  'Hikayat Merong Mahawangsa' yang diadakan di Cathay Cineplexes Cineleisure. Oh! Media telah mendapat jemputan Khas dari KRU umtuk menonton filem tersebut semalam. Tayangan 'Hikayat Merong Mahawangsa' di pawagam seluruh negara akan bermula pada 10 Mac.

Sinopsis : Hikayat Merong Mahawangsa.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Difahamkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini menelan kos penerbitan berjumlah RM 8j ini melakukan pengambaran bermula Jun hingga Ogos 2010. Hikayat Merong Mahawangsa yang berdurasi selama 110 minit ini memaparkan teknik olahan CGI yang amat menarik dan menakjubkan. Filem ini yang akan memulakan tayangan di seluruh negara mulai Khamis ini semestinya akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton-penonton. So jom ramai-ramai pergi menonton filem buatan Malaysia yang amat ditunggu-tunggu tahun ini. Jadi sama-samalah kita menyokong filem buatan tempatan dan mengangkat filem buatan tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Credit kepada OH MEDIA DAN OH ARTIS.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.