Header Ads

Ada Apa dengan Mac 2011?? #2



Assalamualaikum,
Harini lepas je Syed bangun pagi, terus on PC sebab nak tulis sambungan entri semalam Ada Apa dengan Mac 2011??. Alhamdulilah and syukur sangat-sangat kepada Allah sebab memberi Syed ilham, keinginan dan keseronokan dalam penulisan blog Syed yang tak seberapa ni. Betulah kata orang, minat dan keinginan dalam melakukan sesuatu perkara dan diringi dengan istiqamah perlu ada untuk kita berusaha dalam apa-apa bidang sekalipun, dan dengan sifat isiqamah yang ada insya allah keseronokan, kenikmatan dan ilham akan datang dengan izin Allah. 

Syed cakap ni pun sebab pengalaman banyak mengajar Syed tentang dunia blogging ni. Buat blog sebab jeles dengan orang lain ada yang blog, sebab nak kejar trafik hari-hari, and serius kalau berblogging sebab terpaksa and tak de minat langsung, baik tak payah la korang menyusahkan diri nak buat blog. And kepada newbies-newbies yang baru nak buat blog (eh, Syed ni pun newbies jugak, hehe..) berbloglah dengan cara yang betul and kalau korang buat dengan cara yang betul insya allah korang akan dapat keseronokan yang Syed cakap tu.

Ok, entri harini bertajuk Ada apa dengan Mac 2011?? #2. Makusdnya entri hari ni adalah Bahagian 2 kepada tajuk Ada apa dengan Mac 2011. Entri semalam kalau boleh nak tulis panjang lagi tapi dah ngantok tahap tak ingat. Kalau dah macam tu, idea pun entah ke mana Syed pun entah ke mana. Jadi stop setakat yang mampu. Menulis dengan kemampuan dan bukan dengan keterpaksaan.Sejak dua hari lepas PC Syed ni buat hal pulak. Sebab tu semlam agak lambat Syed tulis entri. Tension kepala hotak. PC tak leh on. Kalau nak tahu, semua bende Syed buat guna PC Syed. Sebab duduk kat rumah lagi senang guna PC dari laptop. So memang Syed lagi selesa guna PC. Cadang nak hantar kedai pegi check la sebab memang benda yang Syed perlu untuk berblogging. 

Eh, bila Syed nak sambung entri semalam ni?? Melalut banyak pulak jari ni nak mengetype. Ok lets start. Seriusly Mac tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun lepas. Lebih kurang dua minggu lagi keputusan SPM akan keluar.Yaallah cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar nak result pun nak keluar dah. Rasanya baru sangat je lepas buat last paper SPM. Rasa takut, cuak, excited semua ada. Time result PMR dulu tak de la risau sangat. Boleh je relax-relax. Lain bebenor rase. Apa-apa pun harap-harap semuanya ok. Insya allah. Result, Result, Result.. arhhhh, tu je yang Syed pikir sekarang. Ya Allah cekalkanlah hati hamba-mu ini. Kuatkanlah semangat hamba-mu, Berilah keputusan yang baik kepada diri ini, tak lupa kepda sahabat-sahabat ku sekalian, Ya Allah Engkau berilah kejayaan kepada sahabat-sahabatku seterusnya kepada sekolah tempat ku menimba ilmu pengetahuan dan tempat yang telah banyak mengajar erti sebuah kehidupan. Amin.

Habis cerita pasal result SPM. Full stop. Syed tahun ni dah masuk 18 tahun walaupun belum secara official sebab lahir bulan November. Bagus kalau lahir lewat-lewat ni. rasa muda tau. Muda dari member-member yang lahir bulan satu. Kepada member-memeber Syed tu..sedar-sedar la diri tu yang korang dah tua, Syed still muda lagi tau. hehe. Jadi tahun ni Syed dah cukup umur untuk amik lesen kereta. Alhmdulilah lesen motor dah pass and tinggal lesen kereta je. Sekarang ni tengah tunggu untuk test JPJ. Harap dapat tester yang cool and sempoi. Ok lah setakat ni je la entri kali ni. Thanks kepada yang sudi melawat blog ni. Luv u all.

pssttt : Sarapan pagi gua harini, avaliable at 7 Eleven Store near you.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.