Header Ads

iPhone 5 Rumors??

 
Apple telah melancarkan PC tablet mereka generasi ke-2; iPad 2 pada Mac 3 yang lalu. Dengan pelacaran tersebut, Apple telah melakukan perubahan kepada iPad 2 yang dilihat semakin ringan dan super nipis!! Ya super nipis yaw. iPad 2 telah 'disusutkan' sebanyak 33% daripada ketebalan iPad yang sebelumnya. iPad 2 juga telah dilengkapi dengan kamera depan dan belakang yang juga dapat merekod dan memainkan video bersaiz 720p HD, menangkap gambar dan sembang video; Facetime. iPad 2 juga telah menggunakan Dual-Core processor yang dilengkapi besama-sama dengan chip Apple A5, yang membolehkan iPad 2 berfungsi 2x ganda lebih laju dengan 9x ganda grafik performance berbanding iPad generasi pertama. Ok cukup setakat ini tentang iPad 2. Syed dah pun update keynote iPad 2 dan korang boleh ushar sendiri. Tak larat la nak update dua tiga kali benda yang sama.

 Ok entri kali ni Syed nak bawak beberapa rumors tentang iPhone. Ya. Seperti iPad, dijangka tahun ini Apple sekali lagi akan melancarkan smart phone mereka generasi yang kelima semenjak 2007. iPhone generasi yang ke-5 ini dijangka akan dilancarkan pada Jun 2011. Antaranya ialah :

  • iPhone 5 akan menggunakan chip Apple A5 yang digunakan dalam iPad 2
  • iPhone 5 akan melancarkan model berwarna putih dan hitam. iPhone 4 model putih yang sebelum ni mempunyai masalah dengan flash cameranya terpaksa dibatalkan daripada penjualan yang sepatutnya dijual bersama iPhone 4 model hitam.
  • iPhone mini. Ya. Rumors juga mengatakan, iPhone akan mengeluarkan model mini yang saiznya separuh iPhone biasa. Yang menariknya, dikatakan bahawa iPhone mini ini harganya juga separuh daripada iPhone biasa. Wah, nampaknya orang yang dalam lingkungan standard ni mampu memiliki iPhone kalau harga sudah separuh dari biasa. ADVANTAGE. yeah.
  • iPhone 5 dikatakan tidak ada masalah dengan antena yang sebelum ini menjadi isu, apabila pengguna-pengguna iPhone di U.S menghadapi masalah apabila membuat panggilan. iPhone 5 dikatakan tidak akan menghadapi masalah in kerana antena tersebut telah di redesign oleh pihak Apple bagi menangani masalah ini.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.