Header Ads

Software yang wajib ada dalam PC dan Laptop aku.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Harini aku dah melakukan kesalahan yang amat berat. Kalau mengikut undang-undang, aku boleh dihumban ke dalam bilik besi yang gila annoying tu. Plus mungkin digantung. Damn. Berat sangat ke kesalahan yang aku buat ni?? Sampai nak kena gantung bagai. Yes. Berat, sebab harini aku telah memandu kereta tanpa lesen yaw.  Nasib bek aku tak tersermpak dengan mana-mana pak polisi, kalau tidak jenuh. Bawak kereta manual pun tak cekap lagi, tetiba nak switch pegi bawak kereta auto. Hallo, test nanti bukanya nak bawak kereta auto cik abang, manual semuanya. Lesen L kereta bukan boleh kita bawak kereta macam lesen L motor, ada lesen L motor terus boleh bawak.

Anyway, entri kali ni aku nak review beberapa software yang aku rasa penting untuk aku dan untuk korang semua. Software-software ni korang boleh la search dekat google and download je dari situ. Yes. Internet memang memudahkan kerja kita.


#1Adobe Photoshop 

Damn. Im in love with Photoshops. Yes. PC aku telah diinstall dengan Adobe Photoshop CS4. Apa itu Photoshops?? Photoshop ialah salah satu software untuk mengedit gambar dengan pelbagai fungsi yang menarik. Dengan Photoshop kita boleh design wallpaper yang macam kat atas tu (haha, 2 bkn Syed yang design, download je, hehe..), kalau yang dah gelar diri tu photoshopers tu memang tak yah cakap la, macam-macam lagi boleh buat, design website, header, and macam-macam lagi. Walaupun  baru beginner dalam menggunakan Photoshop ni, tapi aku rase tak salah kita mencuba sesuatu yang baru kan?? Since, dah ade keluar Photoshops CS5 Extended dengan fungsi yang lagi advance di internet, aku rase Photoshop CS4 sudah memadai la untuk aku

#2 The KMPlayer

Medium yang aku guna untuk ushar video atau movie. Kalau korang download movie yang HD or ape-ape format pun, korang boleh setting menggunakan KMPlayer. Yang bestnye, shortcut key yang simple. Contoh kalau nak forward video just tekan arrow kanan,  backward video arrow kiri, fullscreen just tekan enter,  and pause video just tekan space. Simple bukan?? Zaman sekarang ni semua benda kita nak yang senang and mudah, so kalau ade je benda yang boleh memudahkan kerja kita gunakan sebaik mungkin. Dan tak semestinya benda yang memudahkan tu membuatkan kita malas. Itu pendapat aku la. Setakat ni aku rasa KMPlayer ni adalah yang terbaik yang pernah aku.

#3 Internet Download Manager (IDM)













Nama pun Internet Download Manager kan?? Dengan mengunakan software ni korang boleh mendownload file secara direct download selepas menginstall IDM. IDM juga membolehkan kita pause progress download dan boleh sambung mendownload pada bila-bila masa. Kalau line internet tiba-tiba putus semasa sedang mendownload, IDM automatik akan pause'kan dan korang boleh sambung balik lepas tu. serius smart bukan.


















No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.