Header Ads

Iphone Nano akan dilancarkan??

Ianya kini seperti disahkan yang mana Apple sedang membangunkan generasi baru iPhone yang mana lebih kecil dan murah, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Wall Street Journal melaporkan yang mana telefon pintar iPhone baru itu akan bersaiz separuh daripada saiz iPhone 4.






















Pada masa yang sama, ianya juga dijangka akan dijual pada harga separuh daripada harga semasa iPhone sekarang ini. iPhone versi mini ini juga dijangka akan menggunakan perkomputeran awan untuk beroperasi, atau lebih tepat lagi, MobileMe, yang mana akan digunakan untuk menyimpan beberapa info, termasuk gambar, muzik, dan juga video, serta sekaligus menjadikan memori tidak begitu penting untuk telefon tersebut.Walaubagaimanapun, seperti kebiasaan, Apple masih tidak berikan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini, dan masih menjadi ura-ura. Mungkin kita akan mendengar mengenainya tidak lama lagi daripada pihak Apple sendiri.

Artikel asal : amanz

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.