Header Ads

BerTudung atau Tidak Biarlah

Hari ni entri bab agama sikit eh.. Syed ni bukannya arif sangat, zaman sekolah Syed bukanlah pelajar aliran agama.. tapi sekadar nak menengur Insya Allah masih mampu, dengan izin Allah.. so entri kali ni Syed  nak mengomel pasal hal perempuan.. kalau ada perempuan yang terasa dengan cara penulisan Syed ni, just anggap ni satu teguran dari seorang teman ok..

BerTudung atau Tidak Biarlah Tak Kisah.. Trend.. khasnya remaja-remaja perempuan, Syed nak korang jawab beberapa persoalan ni..

1. korang bertudung adakah sebab mak bapak korang paksa??

2. korang bertudung sebab kalau korang pakai tudung korang akan nampak lebih 
    ayu??

3. korang pakai tudung sebab ramai member yang pakai?? Biasa la ikut kawan..

4. tudung yang korang pakai tu just nak show off so that orang akan cakap 
    'fesyen baru tu, nanti aku pun nak beli la'..

5. or tudung yang korang pakai tu just sebab pakwe/boyfriend korang yang suruh, 
    sebab korang sayang sangat kat buah hati korang tu??

6. bertudung just sebab terikat dengan suasana/tempat?? kalau tempat ni ramai 
     yang bertudung korang pun pakai.. kalau korang pergi tempat like 
     Ipoh, Penang, KL, korang akan show off rambut korang sebab kat sini ramai
    yang macam aku, so nak malu apa?? 

7. Or adakah korang bertudung semata-mata kerana Allah S.W.T??
    Semata-mata kerana suruhan agama??

Kalau yang di luar sana ramai yang menjawab persoalan no. 7.. Alhamdulilah, sesungguhnya korang akan berterusan tanpa putus-putus mendapat ganjaran pahala dariNya.. Masya Allah, wanita teramatlah senang nak dapat pahala kan?? Just tutup aurat korang tu, dengan automatiknya pahala masuk..  Menutup aurat adalah suruhan yang Maha Esa.. means selagi korang patuh dan taat kepada segala suruhan Allah, dan selagi tu lah pahala tak akan putus.. korang tak seronok ke dapat pahala free and sesenang macam tu?? 

Masa nak pakai tudung bukannya 24/7 kan?? Time korang keluar rumah, time korang pergi sekolah, time korang pergi kerja je.. and tak kan korang keluar rumah 24 jam?? tak kan korang pergi kerja sampai 24 jam kot?? kalau pasal OT, serius la sikit.. tak kan OT sampai 24 jam dok kat ofis?? Nonsens..  Kalau nak cakap 'alah Syed cube ko open minded sikit kuno la ko, kalau tayang rambut boleh kami style kan, kalau pakai tudung apa la sangat..'

Ceramah Maulidur Rasul petang tadi ada sebut lebih kurang macam ni 'ketika Nabi kita Muhammad sedang menghadapi Sakaratul Maut, baginda menyebut 'solat, isteri, umatku dan yang terakhir Lailahaillaha.. bertapa pentingnya solat sehinggakan di saat kewafatan sudah hampir.. baginda juga menyatakan 'isteri' bermaksud memberi peringatan kepada para wanita kerana semasa peristiwa isra` dan mikraj, baginda telah melihat isi neraka yang dihuni oleh kaum wanita, dan yang terakhir iaitu umatku.. baginda begitu risau tentang umatnya kerana iblis laknatullah akan sentiasa menyesatkan manusia sehingga berlakunya hari kiamat..

Perspesi golongan remaja, aduh bisa aku ini ditentang habis-habisan ni..  Syed just tulis mengikut perspesi Syed and Syed tak semestinya betul semua.. people makes mistakes.. memohon keampunan Allah S.W.T adalah jalan terbaik kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Taubat.. 
~Sekadar Apa yang Terbuku di Hati~

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.