Header Ads

BlackBerry Memperkenalkan BlackBerry Assistant Fungsi Seumpama Siri Dan Google Now Untuk Pengguna BlackBerry


BlackBerry hari ini telah pun mengumumkan fungsi BlackBerry Assistant yang mana fungsi ini membolehkan pengguna melancarkan aplikasi, membalas message, membuat panggilan, membuat carian email serta melihat apa yang trending di Twitter dengan menggunakan arahan suara.


Walaupun Apple, Google dan Microsoft telah pun mempunyai fungsi pembantu maya ini lebih awal, perkara ini tidak menghalang BlackBerry untuk terus bersaing dengan memperkenalkan BlackBerry Assistant kini ianya menjadi satu fungsi yang perlu ada bagi setiap pengeluar smartphone ketika ini.

BlackBerry Assistant akan dilancarkan bersama-sama dengan smartphone terbaru mereka iaitu BlackBerry Passport yang akan dikuasakan dengan sistem operasi BlackBerry 10 terbaru iaitu BlackBerry 10.3. Buat masa ini BlackBerry masih belum menggumumkan peranti apakah yang akan menyokong fungsi ini nanti. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari BlackBerry.

Rujukan: BlackBerry




No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.