Header Ads

Video: Malaysia vs Indonesia Final

Assalamualaikum w.b.t. Cuti semester dah habis dah pun. Maka harini dengan secara rasminya bermulanya sesi pembelajaran untuk semester 2 di Kolej Matrikulasi Perak. Dengan berbekal semangat dan azam baru, insya allah aku akan perform sebaik mungkin untuk semester baru ni. Yalah dalam keadaan yang agak takut sebenarnya sebab result final exam lagi 2 minggu baru pihak kolej akan announce kan. Harap-harap result yang akan aku dapat nanti tidak menghampakan dan dengan result tu membolehkan aku untuk menyambung sesi pembelajaran aku di sini..semoga semua dipermudahkan. Insya allah.

Untuk semester 2 ni, jadual waktu agak best la bagi kelas aku A3T11B sebab hari selasa kelas aku mula pukul 9 pagi. Biasanya budak-budak matrikulasi ni kelas die biasanya mula pukul 8 pagi and akan habis pada pukul 4 petang. So untuk sem ni dapat juga la merasa kelas pukul 9 (padahal lewat sejam je pun). Haha. Hari first kelas tak ade ape pun. Lecturer bagi buku-buku tutorial dan sedikit overview tentang topik yang akan dipelajari sepanjang semester 2 ni. Nampak macam menarik topik-topik yang akan dipelajari ni, Semua berkaitan dengan pengurusan. Dan topik-topik yang akan diterangkan dalam subjek akaun ada kaitan dengan subjek pengurusan perniagaan dan aku sebenarnya mula meminati subjek ni..hehe. Apa-apa pun usaha itu perlu dimula kan dari sekarang kan?? Insya allah, kesilapan yang dilakukan semasa semester 1 tak akan berulang dalam semester 2.

Oh ya. Tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Sepak Negara kita kerana berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara. Sampai nak terkeluar anak tekak menjerit-jerit tengok aksi pasukan Harimau Muda beraksi dengan semangat juang yang tinggi. Walaupun ketinggalan seawal minit ke 5, pemain kita tak kenal erti putus asa dan terus bermain dengan bersungguh-sungguh. Buktinya skuad Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan terbang yang menarik oleh Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

Setinggi-tinggi tahniah kepada penjaga gol negara kita itu Khairul Fahmi yang beberapa kali diasak oleh pasukan indonesia telah berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi pihak lawan. Dan sekali lagi Khairul Fahmi menjadi wira negara kerana telah berjaya menampan sepakan penalti yang diambil oleh pasukan indonesia dan dua daripada percubaan menyelamatkan bola semasa sepakan penalti telah dapat dibaca dengan betul tetapi gagal diselamatkan. Apa-apa pun Harimau Muda telah berjaya menundukan ego Garuda dan berjaya memberi emas yang cukup bermakna buat Malaysia. Terima Kasih.

p/s: Ini dia video sepakan penalti yang menunjukan bahawa Khairul Fahmi beraksi dengan cemerlang sekali. 2 percubaan pertama dapat dibaca dengan betul dan sepakan terakhir dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Terbaik.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.