Header Ads

Pra-Tempahan Untuk iPhone 4S Melangkaui Angka 1 Juta Dalam Tempoh 24 Jam



Walaupun iPhone 4S diperkatakan mengecewakan ramai pengguna mereka, namun Apple masih dapat menarik minat para pengguna untuk mendapatkan peranti terbaru daripada mereka itu, dimana kini Apple mengatakan yang mana pra-tempahan untuk iPhone 4S telah melangkaui angka 1 juta dalam tempoh 24 jam yang pertama.
Sebelum ini, ketika pengumuman iPhone 4 tahun lepas, angka pra-tempahan hanya mencapai sehingga 600,000 sahaja, dan sekaligus menjadikan iPhone 4S mencatatkan rekod yang baru bagi pihak Apple.
Melalui iPhone 4S, ia membawakan cip pemprosesan A5 yang lebih pantas dengan sokongan grafik yang dipertingkatkan, serta kamera baru dengan sokongan rakaman HD. Apa pun, yang amat menarik perhatian para pengguna adalah sokongan Siri pada iPhone 4S yang membolehkan anda mengawal pelbagai perkara dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Buat masa ini, bilakah iPhone 4S akan tiba di Malaysia masih lagi tidak diketahui, tetapi ramai mensasarkannya adalah sekitar bulan November kelak.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.