Header Ads

Review - Fast and Furious 5 - Rio Heist

Salam korang. Wah-wah harini dah 1 Mei kan. Kepada korang yang dah bekerja tu, aku nak ucap selamat Hari Pekerja kat korang semua. Semoga korang semua dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam apa jua bidang pekerjaan korang lah erk. Beruntung la korang kan, sebab Hari Pekerja jatuh hari cuti tahun ni. Means that korang dapat cuti hari Isnin ni. Mesti ramai yang dah plan nak balik kampung dengan family masing-masing. Dah dapat cuti sure nak habiskan dengan keluarga korang kan. Ade ke yang just nak duduk rumah je cuti ni?? Cuti pun tiga hari je. Memang tak puas kalau nak balik kampung. Lagi-lagi kalau korang tinggal dekat utara kampung dekat selatan. Memang duduk rumah je la jawabnye. Bayangkan la, awak tu duduk dekat Perak. Nak balik sampai ke Johor tu. Belum nak hilang penat driving dah nak kene drive balik Perak. Tak gitu kaum lelaki?? Better duduk rumah je kalau macam tu. Yang si isteri tolong la faham sikit. Bukannya cik abang korang tu tak nak balik kampung awak. Kalau cuti panjang tak kisah la, cuti pun tiga hari je. 

So kepada korang yang tak balik kampung cuti ni, why no korang bawak isteri kesayangan korang tu pegi tengok wayang ke. Sekarang wayang tengah padat dengan movie-movie menarik. Bulan 5 memang banyak movie menarik akan release. Apa kata bawak je family korang tu tengok wayang. Yang nak bawak anak -anak apa salahnya. Boleh tengok Justine Bieber ke, Rio pun ada. Siap 3D lagi kalau korang nak. Mesti anak-anak korang happy gile sebab bapak diorang tak pernah bawak diorang pegi tengok wayang sebelum ni then tibe-tibe esok bapak diorang siap print tiket dekat rumah lagi sebab lepas baca entri aku ni kaum bapa rasa why not bawak family aku tengok wayang kan. Rase inspired selepas membaca entri ni( Haha.perasan gila aku ni. Entah-entah tak de orang pun yang nak baca entri aku ni). Asyik-asyik tengok wayang dengan cikaro member je, try la bawak family sekali-sekala. Mesti best.

Kalau korang tengok tajuk entri ni, korang mesti dah pahamkan. Kalau yang tak paham tu, apasal mengong sangat?? Nama pun review. So aku nak bagi review pasal cerita tu la. Fast and Furious 5 - Rio Heist. Sebenarnya harini aku cadang nak pegi tengok dengan awek sepupu aku movie Thor. So aku pun pegi la Taiping Sentral petang tadi nak beli tiket siap-siap. Sampai je terus naik tingkat tiga then ushar movie show time. Tengok-tengok Thor time tak kena pulak. Pastu entah macam mana tertengok ada Fast Furious pulak dah. Mula-mula tu agak pelik jugak sebab kitorang tengok dekat banner, 5 Mei. Tak kan silap print kot. Fail betul. So tak pe la kitorang setuju nak tengok. Tengok show time pukul 6 ptg, 9 suku dengan midnight. Mula-mula plan nak tengok kul 6. Then tak jadi. Gila la nak tengok pukul 6 tu. Hall full kot. Tinggal seat tengah dengan belakang je. So kitorang beli tiket midnight pukul 12.15. Kalau korang nak tengok Fast Furious 5 ni, better booking dulu la ye.

One word describe this movie ~awesome~. Memang movie yang superbest setakat ini. Eh, kenapa aku cakap setakat ini ni?? Kenapa aku tak cakap movie ni movie terbaik tahun ni?? Sebab masuk je bulan 5, berlambak-lambak movie akan release dan akan pecah panggung. Kongsi, KL Gangster, Transformer, Captain America dan macam-macam lagi. Rambang mata kalau pegi wayang bulan ni. Haha. So berbalik kepada review, Fast Furious 5 ini sebuah movie yang bergenre aksi. Movie yang berdurasi selama 132 minit ini memaparkan aksi-aksi yang memang hebat dan mengagumkan penonton. Movie selama 2 jam 13 minit ini aku jamin tak ada part yang bosan walaupun sekejap. Kalau korang amik tiket midnight macam aku sure tak rase mengantuk lagi-lagi movie ni banyak jugak part lawak. Habis satu panggung tibai gelak. Sense of humor and action memang terbaik. Memang tak rugi kalau korang tengok. Fast and Furious 5 yang dibintangi oleh Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson memang sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Filem ni sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. Yang masih belum 18 tahun sila pastikan umur anda cukup 18 tahun baru pegi tengok ok?? Hehe. Apa-apa pun jom layan trailer Fast Furious 5 ni dulu.



Sinopsis :

    Former cop Brian O'Conner partners with ex-con Dom Toretto on the opposite side of the law. Since Brian and Mia Toretto broke Dom out of custody, they've blown across many borders to elude authorities. Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he's not the only one on their tail. Hard-nosed federal agent Luke Hobbs never misses his target. When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them. But as his men tear through Brazil, Hobbs learns he can't separate the good guys from the bad. Now, he must rely on his instincts to corner his prey... before someone else runs them down first.



Serius aku cakap kat korang movie ni memang fantasterbest. Tiket midnight Rm 12 aku rasa berbaloi dengan apa yang aku tengok. So apa tunggu lagi?? Esok ramai-ramai terjah ke panggung wayang berdekatan anda sekarang. Aku nasihatkan booking siap-siap. Confirm penuh kalau time korang nak tengok baru nak beli tiket. Bagi korang yang tengok esok pagi tu, selamat menonton dari aku


p/s: Gila pukul 5 pagi dah. Aku tidur sejam je la macam ni. Harap-harap Subuh boleh bangun. Aku tidur dulu. ZzZzZ.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.