Header Ads

AS melaporkan Osama bin Laden telah dibunuh.



Sekarang media-media internet tengah kecoh pasal kes Pemimpin Al-Qaeda iaitu Osama bin Laden yang dikatakan telah terbunuh dalam serangan yang dikatakan Obama telah terkena tembakan di kepala yang menyebabkan kematian beliau. Osama bin Laden yang menjadi orang yang paling dikehendaki oleh AS telah dibunuh oleh tentera Amerika di Pakistan. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Amerika Syarikat kepada CNN semalam.

Seorang tentera AS enggan mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan ke atas Osama berlaku di sebuah rumah agam di Islamabad. Kematian Osama menyaksikan berakhirnya penantian pihak Amerika Syarikat yang memburunya sejak bertahun-tahun dahulu. Osama dikatakan terlibat di dalam tragedi 9/11 dan juga pelbagai tragedi yang berkaitan dengan terrorism seperti yang digelar oleh Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dijangka akan membuat pengumuman mengenai kematian pemimpin dan pejuang Islam dalam masa terdekat ini. Kenyataan ringkas dikeluarkan oleh Amerika Syarikat selepas kejayaan mereka membunuh Osama bin Laden.

"As we have stated repeatedly since the 9/11 terror attacks, bin Laden never represented Muslims or Islam. In fact, in addition to the killing of thousands of Americans, he and al Qaeda caused the deaths of countless Muslims worldwide. We also reiterate President Obama`s clear statement tonight that the United State is not at war with Islam"
Jika ianya benar seperti yang diperkatakan, sebagai saudara seIslam, marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden. Tentang perjuangannya, biarlah hanya Dia yang menentukan. Al-Fatihah.

Sumber : CNN dan Oh Artis!

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.