Header Ads

Platform Blogger memperkenalkan Cara Baru untuk Membaca Blog



Blogger atau lebih mesra dengan panggilan blogspot adalah salah satu platform blog yang paling popular didunia dimana platform blogspot ni mempunyai lebih 400 juta pembaca yang aktif disini. Memang tak hairanlah kenapa blogspot mempunyai pembaca yang begitu ramai dan mempunyai lebih dari separuh billion artikel pada blogspot ni. Sebab nak buat satu blog dengan menggunakan platform blogspot ni tersangatlah mudah dan cepat. Hanya mendaftar dengan menggunakan gmail (kalau nak guna yahoo mail pun boleh) dan tak sampai 1 minit korang dah boleh masuk ke dashboard korang. Kalau nak diikutkan mungkin ada berbilion-bilion blog dibawah blogspot ni. Sebab apa boleh jadi banyak macam ni ialah platform blogspot ni adalah percuma dan tersangat mudah untuk nak memiliki akaun blogger ni.

Walaupun pengguna blogspot ni dilihat tidak dapat nak mengejar tahap yang ada pada platform wordpress yang berada pada kelas yang tersendiri (professional gitu), Google akan dan telah memperkenalkan berberapa perkara baru yang akan diperkenalkan kepada pengguna blogspot dalam tahun 2011 ini. Pengenalan kepada rekabentuk yang serba baru, kemas dan menarik kepada pengguna blogspot merupakan antara yang menarik dan dinanti-nantikan. Rekabentuk yang serba baru ini turut sama menggunakan Google Web Toolkit, membawakan teknologi web yang serba baru kepada para penggunanya.

 Design Dashboard yang baru untuk pengguna blogspot. 
Kemas dan tak serabut.

 Bahagian New Post yang ringkas dan lebih mudah untuk
menulis artikel.

Walaupun blogspot masih belum memperlihatkan lagi design yang super cool untuk pengguna blogspot ni, blogspot harini telah memperkenalkan ciri-ciri baru yang boleh digunakan untuk membaca dan melihat blog dibawah platform blogger ini. Ciri-ciri baru ini akan memudahkan para pembaca untuk membaca artikel-artikel dengan lebih mudah. Buat masa ini blogger memperkenalkan lima cara baru untuk membaca blog iaitu dalam bentuk Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeslide. Kelima-lima cara baru untuk membaca blog ini mempunyai interface yang berbeza dan menarik.

Untuk membaca blog dibawah platform blogspot dalam bentuk Flipcard, Mosaic dan sebagainya anda hanya perlu menambah view pada hujung URL blog yang anda ingin baca seperti syedterritory.blogspot.com/view dan anda boleh memilih untuk membaca blog tersebut dengan lima cara yang menarik ini. Dengan menambah /flipcard, /mosaic, /sidebar, /snapshot dan /timeslide, ianya akan memudahkan anda untuk membaca blog dengan mudah.
  • Flipcard: [blogURL]/view/flipcard
  • Mosaic: [blogURL]/view/mosaic
  • Sidebar: [blogURL]/view/sidebar
  • Snapshot: [blogURL]/view/snapshot
  • Timeslide: [blogURL]/view/timeslide
 Flipcard View
 
  • Dengan meletakan mouse diatas kad-kad ini, ianya akan menunjukan tajuk post dan jumlah komen untuk post tersebut. Dengan scroll page tersebut ke bawah, post tambahan akan load dan boleh dibaca.
  • Klik pada kad tersebut membolehkan korang untuk membaca post tersebut dengan penuh. Dengan menggunakan anak panah kiri dan kanan korang boleh ke post yang baru dan lama dengan mudah atau dengan menggunakan huruf J (untuk ke post yang baru) dan K (untuk ke post yang lama). Tekan Escape untuk kembali ke paparan Flipcard.
Mosaic View

  • Dengan klik pada tajuk post, post tersebut akan memaparkan keseluruhan post dan dengan klik sekali lagi pada post tersebut, ianya akan kembali seperti asal. 
  • Fungsi yang sama untuk scroll Mosaic View adalah dengan menggunakan huruf J dan K atau menggunakan Page Up dan Page Down.
  • Mosaic View menyokong screen rotation dan sesuai untuk pengguna table PC.  

Sidebar View

  • Sidebar view ini sesuai digunakan oleh mereka yang suka blogwalking.
  • Sidebar yang ada di sebelah kiri tu menunjukan posting berdasarkan kronologi. Maksudnya posting di sidebar tersebut disusun dengan yang paling atas ialah posting yang terkini dan yang dibawah adalah posting lama.
  • Dengan menggunakan huruf J dan K anda boleh ke post yang seterusnya dan kembali ke post yang sebelumnya dan comment sesuatu artikel boleh dilihat dengan menekan link show di bahagian bawah.
Snapshot
  • Snapshot view ini akan memaparkan post yang ada gambar sahaja.
  • Dengan klik pada mana-mana gambar, ianya akan memaparkan full post gambar tersebut. Pada bahagian atas terdapat link older and newer post untuk ke post yang seterusnya
Timeline
  • This view breaks the blog content down into three different areas:
    • Left column: Enlarged picture with a post snippet, title, and snipppet displayed in chronological order
    • Middle column: Displays just the post title and snippet
    • Right column: Displays just the individual post titles
  • When searching for posts in this view, the results will be highlighted.
 Dengan fungsi yang semakin banyak disediakan oleh platform blogger ini, ianya akan terus bersaing dengan wordpress, jomlaa, tumblr dan pelbagai platform blog di internet. Dan sememangnya cara baru untuk readers membaca blog di bawah platform blogspot ini sangat menarik dan memudahkan para pembaca blog. Tak sabar rasanya nak lihat interface blogger yang baru. Bila nak launch agaknya ya??

Info : amanz | blogger 

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.