Header Ads

Still Update #1


Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah kepada semua yang membaca blog aku.
Entri hari ni aku nak merapu-rapu sikit. Arghhhhh, deymmmm. Aku dah menguap lebih 10 kali ni. Tak tahan dah mata aku ni. Nampak bantal, katil and so on. So apa lagi layan lagu awie and wings sambil pekena milo panas boleh kasi segar ni. Haha. So aku nak share ape ni dengan korang?? Eh-eh, entri kali ni adalah entri random ye uols. Aku just nak tulis ape yang terlintas dalam kotak fikiran aku sekarang ni. So kepada sesape yang nak mengomen or nak beri pandangan tu, silalah scroll ke bahagian bawah dan tinggalkan komen anda. Segala kritikan dan pandangan yang dilemparkan hendaklah diberi dengan berhemah dan bertatasusila. Budi Bahasa Budaya kita right?? 

Tahniah..Tahniah..Tahniah.. 
Umumnya 1Malaysia dah tahu yang keputusan SPM dah pun keluar pada tanggal 23 Mac yang lalu merangkap hari Rabu. Alhamdulilah sekali lagi banyak kejayaan-kejayaan yang diperoleh hasil daripada usaha para guru dan barisan pendidik yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu kepada anak muda yang baru nak kenal erti kehidupan. Tahniah kepada guru-guru yang telah menyempurnakan tanggunjawab sebagai pendidk yang berjaya melahirkan insan yang insya allah akan menjadi seorang yang berguna di masa akan datang. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya dengan cemerlang eventhough result aku tak segempak korang aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat. Kalau ada rezeki, insya allah aku akan menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Insya allah. Doa kan aku erk. Kepada yang rasa result korang tu dah tak de harapan kalau mohon mana-mana institusi pengajian tinggi tu, jangan nak putus asa dengan apa yang korang dapat tu. Belajar bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T dah atur dan tetapkan. Ingat yang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah kan. Be more appreciative.


Syukur..Redha..Usaha..
Kenapa kita perlu bersyukur?? Bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita samada dari pencipta Yang Maha Esa, pemberian dari ibu bapa, rakan-rakan, teman wanita/teman lelaki. Pentingnya bersyukur dengan segala yang kita dapat kerana hanya dengan bersyukur sahaja dapat mengelakkan manusia dari terus bersifat tamak. Barangsiapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat ke atas diri mereka. Aku rasa ada dalam syilibus form 4 kot. Tajuk mengsyukuri nikmat Allah. Alamak!! Terkenang zaman belajar kat sekolah la pulak. Huahuahua..Ingat yang Allah suka akan orang yang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada setiap hamba-Nya di muka bumi ni. ALHAMDULILAH. TERIMA KASIH YA ALLAH. Aku redha dengan segala ketentuan-Mu Ya Allah. Redha dengan apa yang bakal berlaku esok dan hari-hari seterusnya. Walaupun bukan seperti yang kita harapkan, terima seadanya. Jangan tak usaha pas tu tiba-tiba cakap, aku redha je dengan apa yang nak jadi nanti. Aku akan berusaha mengekalkan perhubungan aku insya allah. Sebab aku sayang kau. Sayang?? Ya sayang satu sifat yang lahir dalam hati sesama manusia yang berlainan jantina ok. Bukan tag line "Saya Gay Saya Ok". Tu sayang yang macam bodo. Karut betul. Apa-apa pun akanku kenangmu dalam doaku. 

Bencana akan Alam Melanda Malaysia akibat??
Tanda-tanda kiamat dah bersepah sangat dah sekarang ni. Alahai manusia, kenapa la tak sedar-sedar lagi wahai manusia oi. Gempa bumi sana sini. Tsunami mengganas. Banyaknya yang Engkau tunjukkan Ya Allah. Tapi kenapa manusia tak sedar-sedar jugak?? Termasuklah aku. Ni korang tau tak yang paksi bumi yang kita ni dah berganjak lebih kuranh 10 sentimeter ke arah timur akibat daripada gempa bumi 8.9 skala ritcher. Gempa bumi yang kuat ni dah mempercepatkan pusingan bumi kalau tak salah aku sebanyak 1.6 mikrosaat. Akibat dari masa yang menjadi semakin cepat ni, kajian mengatakan yang banyak bencana alam yang akan berlaku di bumi ni?? Wallahualam. Kalau tengok paper Kosmo muka depan harini (semalam) siap besar-besar lagi tulis. GEMPA BUMI MENGHAMPIRI KITA. Tajuk yang amat bagus untuk menginsafkan semua orang kan?? Setuju tak?? Haha. Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Sedikit dipetik dari akhbar Kosmo.

Maybe entri ni macam tak ikut urutan je. Banyak content yang tak kena dengan tajuk kecil kot?? Kan aku dah kata tadi entri ni semua merapu je kan. But at least ade jugak info yang korang dapat kan. Dari korang layan game-game yang ade dalam facebook tu kan. Sharing is Caring Right?? Ok, mata aku dah tahap kritkal ni. Masa untuk tidur. Bye, Assalamualaikum.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.