Header Ads

Untuk Pengguna Apple : Yang Terkini Minggu Ini.


 iPad 2.
Salam Share. Minggu keempat bulan ini memang kecoh dengan beberapa khabar angin tentang produk-produk Apple yang dikatakan akan mula dipasarkan di Malaysia. Dan kini pihak Apple sendiri telah mengesahkan bahawa iPad 2 akan mula dijual bermula pada 29 April ini di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Yang menariknya ialah, iPad 2 yang menggunakan prosessor yang 9x ganda lebih pantas, termasuk rekabentuk yang nipis dan mempunyai kamera depan dan belakang akan dijual lebih murah berbanding iPad yang sebelumnya.

Kemungkinan harga iPad 2 akan lebih murah berbanding iPad yang sebelumnya adalah besar kerana nilai Ringgi Malaysia dilihat semakin kukuh dipasaran dunia sekarang. Tambahan pula selepas kerajaan membuat keputusan dimana tiada lagi cukai akan dikenakan terhadap barang-barang ini. Secara ringkasnya ialah, kemungkinan besar iPad 2 akan lebih murah berbanding iPad sebelumnya. iPad 2 yang akan dijual bermula 29 April ini hanya akan dijual melalui Apple Authorized Reseller yang terdapat di Malaysia iaitu MacStudio, Switch, Machines dan beberapa pengedar rasmi Apple tempatan di Malaysia.

Bagi yang mengikuti berita-berita mengenai Apple di Malaysia, pastinya ramai yang tahu bahawa Apple sememangnya telah melakukan perubahan drastik keatas tablet generasi ke-2 mereka ini dari segi design dan performancenya. Jika dilihat melalui designnya, sememangnya Apple telah berjaya membuat perubahan yang sangat ketara. Tidak hairanlah sekiranya Apple telah berjaya mencipta tablet ternipis didunia buat masa ini kerana Apple memang professional dalam menghasilkan produk-produk yang nipis seperti Macbook Air dan iPad2

iPad 2 akan membawa perkara-perkara baru kepada pengguna dari segi rekabentuknya, iPad 2 ini 33% lebih nipis dan 15% lebih ringan dari iPad yang sebelumnya. Selain itu, seperti yang telah disebut di atas iPad 2 akan menggunakan prosessor yang lebih laju iaitu dengan menggunakan Processor A5 Dual Core. iPad 2 juga mempunyai kebolehan untuk multitasking yang membolehkan pengguna menukar application yang sedang running tu. Alah, yang macam dekat iPhone 4 tu kan2??

Mengenai harga iPad 2 ni, pihak Apple masih belum mengumumkan harga iPad 2 di Malaysia. Dan berikut adalah harga yang tidak rasmi setakat ini :
  • iPad 2 WiFi – 16GB (RM1499), 32GB (RM1799), 64GB (RM2099).
  • iPad 2 WiFi + 3G – 16GB (RM1899), 32GB (RM2199), 64GB (RM2499)
Sehingga kini pihak Apple mahupun pengedar rasmi mereka belum lagi membuat pengumuman mengenai harga iPad 2. Aku akan update selepas tahu harga iPad ni ok.


Wilayah Celcom - Daftar iPhone 4 bersama Celcom

Seperti yang diketahui, iPhone 4 telah pun memulakan penjualan bersama syarikat telco Celcom bermula Jummat lepas. Buat masa ini pihak Celcom hanya menyediakan pelan dan pakej iPhone 4 kepada para pengguna perniagaan sahaja. Harga iPhone dari Celcom boleh didapati dengan kadar serendah RM538 dan 16GB pada harga serendah RM248.
Melalui Celcom, iPhone 4 ditawarkan pada kadar yang amat rendah, bermula daripada RM248 untuk 16GB dan juga RM538 untuk 32GB. Berkaitan dengan pakej, untuk komitmen bulanan RM98, para pengguna boleh mendapatkan iPhone 16GB pada harga RM1438 (12 bulan), RM1148 (24 bulan), iPhone 4 32GB pada harga RM1738 (12 bulan), RM1448 (24 bulan).
Selain daripada itu, Celcom turut menawarkan pakej komitmen bulanan RM148 dan juga RM248, dimana masing-masing membawakan harga iPhone 4 pada kadar yang lebih murah lagi. Celcom menyatakan bahawa pakej dan pelan iPhone 4 untuk pengguna umum akan diumumkan oleh pihak Celcom dalam tempoh terdekat ini.

So harap dengan artikel yang aku sediakan ni, korang dapat sedikit sebanyak info yang berguna la ye. Aku sebenarnya tengah kecewa ni..huhu..Bukan sebab kekasih hati ku, bukan sebab aku gadoh dengan galpren atau yang sewaktu dengannya. Harini kan 27hb April. Bulan April dah nak habis. Ramai lagi member-member yang aku nak buat April Fool ni..Haha, Eh, bukan-bukan. Harini keputusan pemohonan untuk sambung belajar ke matrikulasi keluar. So aku check pemohonan aku. Tak dapat!!! Mood kecewa ni. YaAllah Engkau ubatilah kekecewaan hambamu ini. Sekian dari aku.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.