Header Ads

Sambung belajar. Ermm Rezeki. Masalah??



Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya dah lama sangat aku tinggalkan blog aku ni tanpa sebarang update. Orang selalu cakap kalau dah minat berblogging macam mana sekali pun dia akan cuba jugak untuk mengupdate blog masing-masing. Bukan macam aku ni, biar blog aku ni menyepi lama-lama tak bersentuh. Argghhh kejam sungguh aku. Aku sedar aku masih tersangatlah baru lagi dalam bidang ni, tapi tak salah untuk nak jadikan diri kita setanding dengan blogger-blogger hebat di luar sana. Cewah, bak kata cikgu aku dulu sasaran untuk berjaya mesti ada. Hehe. Yela sape yang tak nak berjaya kan. Of cos semua orang nak kan kejayaan. So dengan meletakan sasaran untuk diri kita, secara tak langsung akan membuatkan diri kita lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

So, mulai hari ini insya-allah aku akan cuba untuk mengupdate blog aku ni dengan lebih konsisten. Memandangkan sekarang ni aku memang tersangatlah free sebab sedang menunggu tawaran untuk sambung pengajian di universiti so aku memang duduk rumah je kerja. Arghh, penantian itu satu penyeksaan bukan. Bagi lepasan-lepasan SPM, sememangnya menyimpan  seribu satu impian untuk menjejakkan kaki di alam universiti, kolej atau mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara. Bagi aku, cukuplah sekadar melanjutkan pengajian di dalam negara sebab universiti-universiti di dalam negara tidak kurang hebatnya. Tambahan pula, aku hanya pelajar dari sekolah menengah harian biasa sahaja. Lainla kalau pelajar-pelajar dari sekolah berasrama penuh or dibawah tajaan MARA. Pelajar-pelajar yang result memang tip-top. Diorang ni selalunya akan dapat scolarship atau tajaan daripada pihak MARA untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Rezeki masing-masing. So bersabar je la Syed ye. (nak sedapkan hati ni.)

Tawaran untuk belajar tu memang banyak. Surat yang sampai dekat rumah memang banyak. Sampai tak larat dah nak pegi tengok postbox tu. Tapi semua surat tawaran yang sampai semuanya dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Bukan niat aku nak kata yang IPTS ni tak bagus, bagi aku swasta atau kerajaan, sama je. Tapi kalau swasta tu paham-paham je la kan. Satu semester tu berapa ribu kene bayar, tak termasuk yuran pendaftaran, hostel bagai. Ya, segalanya memerlukan duit. Tapi buat masa ni aku letak tepi dulu segala tawaran tu. Incase tak da pilihan lain kan. Hehe.. Well, ramai sebenarnya yang mohon untuk masuk matrikulasi. Matrikulasi ni kiranya macam jalan pintas untuk memasuki universiti dan boleh terus buat degree. TAPI!!! Result mesti 3.5 pointer ke atas la. Hm, ade member-member aku yang dah dapat tawaran dari matrik, aku ni je yang tak dapat tawaran lagi.  Syed sabo ye, rezeki masing-masing kan. 

Neway, dalam kegairahan nak sambung belajar ni, aku ade masalah yang aku sendiri tak tahu tu betul-betul masalah atau pun aku saja yang mengada-adakan masalah tu?? Ha`ah, mungkin. Secara jujurnya, aku tak pernah masuk mana-mana sekolah asrama sepanjang aku belajar dulu. PLKN pun aku tak dapat. Kalau tidak boleh jugak rasa pengalaman duduk 'hostel 5 bintang'. Cewah ayat tu. Pada hal time nak check PLKN dulu punye la mintak tak dapat. Sungguh hipokit aku ye. Haha. Korang tahu walaupun sekolah aku tu adalah sekolah asrama harian, tetapi malangnya aku bukan salah seorang pelajar asrama sebab rumah aku memang teramat dekat dengan sekolah. Kalau jalan kaki 10 minit tapi aku tak jalan kaki la, naik basikal je..hehe. So buat ape susah-susah nak duduk asrama. Dah la kene bayar yuran, duit makan segalakan. Baik aku duduk rumah. Cewah alasan tu. Piraahhh. Haha. Salah satu sebab aku tak duduk asrama aku ni memang tak suke duk asrama. Anak mak la katakan. Hehe. So harap-harap aku dapat tawaran untuk sambung belajar la ye. Waaaa, rindu zaman belajar. Serius korang akan rasa rindu nak belajar balik lepas habis SPM. Hah tu la, dulu time cikgu, mak bapak suruh belajar tak nak. Pegi sekolah orang masuk kelas aku tuang kelas. Padan la muka tu..Haha..


Maharaja Lawak - Nabil Minggu ke-3. Best. Lawak musical terbaik..hehe..

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.