Header Ads

Poco-poco tidak haram?? Berhati-hati je??

Gambar dari : Oh Media

Salam Share. Esok pagi jom ramai-ramai kita ke padang berpoco-poco semula ye. Haha. Serius aku tak pernah nak amik tau pun pasal poco-poco ini. Even masa aku berjogging pagi-pagi dekat Taman Tasik, memang bersepah orang duk berpoco-poco tak kira melayu ke, cina or india semua berpoco-poco sekali mengikut irama dan lagu. Maklumlah 1 Malaysia katakan. Best ke poco-poco?? Korang jangan tanya aku ok. Sebab aku memang tak pernah nak amik port pasal benda-benda ni. 

Kalau tak salah aku la, bulan lepas kecoh habis 1 Malaysia ni pasal poco-poco ni. Jadi kes pulak pasal benda ni. Dok heboh sana-sini pasal poco-poco ni benda haram. Benda ni mula hangat bila Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengharamkan tarian poco-poco atas sebab mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica. Jawatankuasa Negeri Perak telah pun mengeluarkan surat yang mengatakan poco-poco tu haram untuk diamalkan.
 
Tak sampai sebulan lepas tu, keluar pulak berita yang poco-poco ni tak haram pulak. Kali ni Jabatan Fatwa Kebangsaan dah bagi keputusan yang poco-poco ni 'boleh' diamalkan tetapi perlu berhati-hati dari pelbagai aspek. Contonya seperti etika berpakaian mestilah menutup aurat, tiada pergaulan bebas, suasana tempat semasa tarian sekiranya ianya dipertontonkan kepada khalayak ramai. Degan ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian mendalam mengenai isu ini bagi membolehkan mereka mengambil keputusan yang muktamad.

Sekarang ni baik kita sebagai rakyat just play safe. Benda yang sekajap diorang (Mufti Perak Harussani) kata haram pastu alih-alih tak haram pulak (Majlis Fatwa Kebangsaan). So benda yang subahah ni baik kita elakkan. Bagi aku banyak lagi senaman dalam dunia ni yang boleh menyihatkan badan dan halal lagi. Buat apa la pening-pening nak fikir benda boleh ke tak. Ni la masyarakat melayu. Suka menyusahkan diri sendiri. Punya la banyak lagi aktiviti lain yang dok nak buat poco-poco tu ape jadah kan. So esok pagi jom ramai-ramai kita pegi jogging. POCO-POCO DIBATALKAN!!

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.