Header Ads

BWF mewajibkan pemakaian skirt??

 
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertindak untuk mewajibkan pemakaian skirt or shall we say mini skirt kepada kepada pemain wanita bermula Siri Super Terbuka India 26 April hingga 1 Mei depan terus mengundang reaksi pemain badminton.

'Kebanyakan' pemain-pemain negara menyatakan rasa tidak patut untuk BWF mengenakan dress code sebegitu rupa walaupun pada dasarnya mereka tidak kisah jika ianya bakal menjadi 'satu kewajipan' ketika beraksi nanti. BWF mendakwa dengan pengenalan peraturan mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain wanita akan dapat menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik. 

Tindakan BWF ini bagaikan cuba menggunakan tarikan pemain wanita untuk menarik minat penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan, namun pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying, beranggapan memakai skirt tidak menunjukkan seseorang pemain itu berpakaian seksi. Liu Ying memilih pemakaian skirt sebagai pakaian yang lebih selesa berbanding seluar pendek ketika bermain badminton.

“Memakai skirt tidak seksi kerana bahagian dalam skirt itu ada seluar ketat. Saya selesa dengan peraturan ini kerana saya sentiasa memakai skirt. Sebagai wanita, saya rasa lebih baik kita menyerlahkan sifat kewanitaan. Namun saya tidak tahu pula apa pendapat orang lain kerana setiap orang ada pendapat sendiri,” kata pemain beregu campuran negara Liu Ying.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.