Header Ads

Pelancaran iPad 2 di Jepun akan ditunda.



Semalam Apple mengeluarkan kenyataan berkenaan pelancaran iPad 2 di Jepun yang akan ditunda disebabkan gempa bumi dan Tsunami yang melanda negara itu pada Sabtu lepas. Apple telah menyatakan pada pelancaran iPad 2 yang lalu, Jepun tersenarai dalam 25 buah negara terawal yang akan menerima iPad 2 pada 25 Mac ini. Tarikh untuk iPad 2 sampai ke negara matahari terbit itu belum diputuskan.
Jepun tersenarai antara negara Asia terawal menerima iPad 2
Penghantaran iPad 2 ke negara Jepun ditunda akibat daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di beberapa wilayah di negara itu. Jepun sedang mengfokuskan kepada aspek pemulihan dari bencana yang menimpa negara tersebut. Jepun yang disebut sebagai negara termaju dengan teknologi IT telah terjejas apabila kilang-kilang produk elektronik seperti Canon, Nikon, Panasonic, Sony, dan lain-lain terpaksa berhenti beroperasi akibat dari bencana yang melanda.

Apple telah menjadi antara salah satu syarikat yang produktif yang ada di wilayah Ginza sebagai salah satu hub komunikasi dalam membantu mangsa-mangsa Tsunami untuk menghubungi pihak berkuasa dan kaum keluarga bagi mengesahkan tentang keselamatan mereka.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.