Header Ads

Oh! Media FM Beta


Oh Media Network..sememangnya cukup popular dengan kreativiti dan cara penyampaian maklumat yang berjaya menarik bejuta pembaca dari golongan muda khusunya apabila Oh Media yang 'meletup' dan menjadi satu fenomena baru kepada dunia internet di Malaysia pada tahun 2008. 

Dan seperti yang diketahui melalui fanpage mereka di facebook, bahawa mereka sedang dalam proses merealisasikan 1 daripada berberapa poject terbesar mereka pada tahun ini iaitu Oh! Media FM. Buat masa ini, ianya belum dilancarkan secara rasminya, namun para pengguna internet sudah boleh mendengar radio dalam talian mereka yang mana kini sedang melalui ujian percubaan.

Buat masa ini, Oh! Media FM berfungsi dengan baik. Cuma, kekadang ianya kelihatan sedikit tersekat-sekat ketika lagu dimainkan, mungkin kerana ianya masih lagi pada peringkat percubaan lagi buat masa ini.

Oh! Media FM kelak bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Mac 2011 kelak seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Web rasmi juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, untuk memudahkan para pengguna meminta lagu kegemaran, dan berinteraksi melalui radio dalam talian dengan mudah.
 
Boleh la korang nak like fan page Oh Media FM. Klik Sini@Oh! Media FM. Apa-apa pun tahniah kepada pihak Oh! Media yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baru.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.