Header Ads

Malaysiaku || Sayang Oh || Merong.




Ketika aku sedang menulis entri ini, jam menunjukan pukul 1.58 pagi. Diingatkan entri kali ni agak panjang. Tiada paksan terhadap visitor yang ku hargai supaya mewajibkan korang-korang supaya baca entri in. Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi menekan read more. Hari ini, Khamis 10 Mac 2011, entah kenapa hati seperti diminta untuk dimanja, dibelai oleh kasih sayang yang Maha Esa yang semestinya tiada penghujungnya dengan sepenuhnya. Saat ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sekali lagi aku memohon maaf sekiranya entri ni membosankan. Entri kali ini agak sentimental bak kata seseorang yang berjaya membuat aku tergelak bahagia pagi tadi.  Bahagia yang  aku rasa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T perlu di syukuri dengan memuji-muji keEsaan Allah S.W.T yang memiliki seluruh kerajaan langit dan bumi. Ok berhenti sekejap sentimental mood ni, kita masuk mood yang lebih ceria sikit.

Nampaknya pasukan Malaysia mara ke pusingan yang kedua dengan aggregat 2-0. Horrey..horrey..Tahniah kepada pasukan kebangsaan negara. Perlawan kedua yang menyaksikan pasukan kebangsaan negara bertandang ke Lahore dengan bekalan dua gol yang dibawa oleh pasukan bimbingan Ong Kim Swee yang membawa dari Shah Alam ternyata membantu apabila Malaysia hanya mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan. Since siaran perlawanan yang sepatutnya dapat ditonton secara live di Astro Arena telah dibatalkan akibat masalah untuk menghantar insyarat siaran. 

Kalau kita flashback balik, tengok aksi kedua-dua pasukan, pujian kepada penjaga gol kedua pasukan Pakistan (ape tah name mamat tu aku pun dah lupe da) banyak menyelamatkan percubaan dan asakan dari attaker Malaysia. Penjaga gol mereka boleh kata hebat dengan pelbagai cubaan menyelamat akrobatik. (ade ke akrobatik?? haha..tapi, memang selamat pn, sebab tu bolos 2 gol je, kalau tak mau kene belasah 5-0 dengan Malaysia). Kalau aku nilai dari segi kepper mereka la, memang tak hairan la kalau dekat territory sendiri diorang boleh ikat Malaysia tanpa jaringan. And aku tak kata yang pemain Malaysia tak bagus. Skuad Malaysia dilihat semakin meningkat sejak diambil alih oleh seorang 'raja' iaitu Rajagobal. eh silap Datuk kot. Apa-apa pun setinggi-tinggi tahniah kepada skuad kebangsaan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Hari Khamis 10 Mac 2011. Sememangnya memberi dan akan meninggalkan kenangan yang cukup manis buat mereka yang bergelar 'warganegara'. Pasukan Malaysia telah berjaya melayakan diri ke pusingan seterusnya dan ianya satu pencapaian yang baik. Dan sekali lagi Malaysia umumnya telah membuka lembaran baru dalam dunia perfileman negara. Sebuah Syarikat di Malaysia dan ditubuhkan oleh adik-beradik ini sangat-sangat terkenal sejak mula menceburi dunia pembikinan filem yang memerlukan teknik janaan imej (CGI). KRU Studio sudah tidak asing lagi dari halwa telinga masyarakat Malaysia. Mula mencipta nama dengan filem Cicak-Man, KRU sekali lagi telah berjaya menghasilkan sebuah filem epic yang akan merjah ke pawagam mulai hari ini. Epic filem sebenarnya amat berisiko tinggi dalam perbitan kerana ia berkait rapat dengan sejarah.

Dengan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia yang mind set yang berpendapat bahawa filem epic ni jalan ceritanya langsung out dan kalau orang yang masuk wayang conform tidur sebab plot atau jalan cerita yang tak da flow. Kalau masyarakat Malaysia still dengan mentaliti yang low macam ni, tak kira la dalam dunia filem mahupun bola sepak Malaysia, untuk mencapai kejayaan yang hebat jauh sangat la. Sedikit ringkasan tentang filem terbitan KRU - Hikayat Merong Mahawangsa, yang aku rasa dah banyak entri pasal filem ni kat blog aku, so kali ni aku kasik yang kaw-kaw punya ringkas. HHM iaitu singkatan kepada tajuk filem, telah mendapat hak penyiaran ke negara-negara eropah seperti U.K, Jerman, France dan sebagainya. Filem ini berdurasi selama 1jam 50min yang dijamin aksi yang menarik akan dipaparkan kepada anda. Filem wajib tonton tahun ini yang diarah oleh pengarah berbakat Yusri Abdul Halim telah membuat tayangan kepada media pada 7 Mac yang lalu dan resopan yang diberikan oleh pihak media sangat baik. Bak kata Oh! Artis tak rugi beb.

Petang semalam, aku telah call seorang insan yang cukup-cukup istimewa bagi diriku. Oleh kerana DIA bosan katanya, aku pun terus mendail. Aku memang cukup-cukup seronok bila bercakap dengan DIA. Dengan gelak tawanya yang kedengaran begitu gembira bukan gelak yang dibuat-buat, sememangnya kedengaran begitu ikhlas yang datangnya dari hati. Saat bercakap dengan DIA rasa rindu, sayang semua bagaikan bercampur. Ahh. Rindunya saat yang berlalu tadi masih segar dalam ingatan. Ya Allah benarlah bahawa setiap pertemuan pasti adanya perpisahan, tapi jangan Engkau pisahkan hati kami Ya Allah, benarlah bahawa setiap kegembiraan pasti berakhir dengan kesedihan, janganlah Engkau letakkan kesediahan dalam hati kami.

Sesungguhnya aku amat-amat menyayangi dirinya. 'dan kami jadikan engkau berpasang-pasangan..' Surah An-Naba` ayat 8. Mungkin cara aku tadi ada yang telah membuat DIA terasa hati dan aku sikit pun tak rasa nak marah atau benci kepada DIA. Hati permpuan mudah terusik, jadi aku sebagai lelaki faham dengan keadaan. Walaupun harini tak de special wish good nite "takde misss2" dari DIA, just dengan ASSALAMUALAIKUM dah cukup memadai buat aku. Apa-apa pun ibu bapa yang mencurahkan kasih mereka sejak aku dilahirkan sehinggalah aku berumur 18 tahun tidak boleh diganti dengan apa-apa pun. I REALLY-REALLY LOVE MY PARENTS. 

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.