Header Ads

Kelam Kabut Bayar Saman..

Hari terakhir tempoh pembayaran saman semalam bertukar menjadi kelam kabut akibat sistem dalam talian tergendala buat seketika akibat daripada penggunaan melebihi had/overload dari dalam negara.. Ketua Polis Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sistem talian tidak terhenti atau mengalami kerosakan tetapi cuma perlahan akibat penggunaan yang terlalu tinggi.. 

Sistem yang tergendala itu menyebabkan pihak polis terpaksa mengutip saman secara manual iaitu menerima bayaran terlebih dahulu dan proses selanjutmya dilakukan kemudian. Di dapati bahawa saman yang berjaya dikutip sehingga semalam ialah sebanyak 875,836 saman di seluruh negara dalam tempoh enam hari.

Sikap masyarakat Malaysia yang suka cari masalah. Suka sangat buat kerja last minute. Kalau menyusahkan diri sendiri je tak pa la. Ni sampai Pejabat JPJ, Balai Polis semua kene serbu. Ada masa nak bayar awal-awal tak nak bayar. Padan la muka kena beratur panjang bejela.. HAHAHA.. Tengok la sendiri pemandu-pemandu kat Malaysia ni berhemah sungguh. Sampai saman yang pihak berkuasa nak kutip dah nak sampai sejuta.. Serius LOL. 

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.