Header Ads

Ke mana hala tuju aku selepas ini??

Hujan, Hujan, Hujan and Hujan. Tempat Syed ni memang kalau sehari tak hujan tak sah. So kalau dah hujan ni tak de la aktiviti nak dibuat melainkan SMS dengan awek and mengadap internet kat rumah ni. Orang kata kalau tak ada internet ni boleh mati kutu oo. Tak caye try la. Korang dok kat rumah dari pagi sampai ke malam korang mengadap la tv tu tengok. Kalau tak boring tu bohong sangat la kan. Sekurang-kurangnya kalau ade imternet connection korang boleh la layan game yang ada kat Facebook to. So tak la bosan dari korang perabih masa nengok tv yang ntah apa-apa cerita yang tengah siar tu kan. Aku ni dah dekat 3 bulan tak follow up citer apa yang ada dekat tv tu. On tv just nak tengok match MU then habis match terus tutup and sambung online balik. 

Korang mesti pelik kan, tak boring ke hari-hari asyik bukak Google then terus bukak Facebook dan online samapi ke malam. Facebook ialah salah satu cara untuk menghilangkan keboringan sebab dengan adanya Facebook ni kita dapat bersosial secara sihat dengan member-member (yang tak sihat tu banyak, mintak simpang la ye..), So masalah boring dapat diatasi kan?? Frankly speaking, kalau ada internet and korang guna internet dengan sebaik mungkin, insyaallah akan hilang rasa boring yang hari-hari korang asyik cakap dalam hati tu sebab dengan internet korang boleh dapat pelbagai ilmu yang sangat bermanfaat.

Lebih kurang 42 jam sahaja lagi keputusan SPM akan diketahui oleh calon-calon SPM tahun 2010. Bahang semakin terasa. Hari rabu kira-kira pukul 10 pagi semua calon SPM akan menerima satu slip yang akan menetukan kemana hala tuju mereka selepas ini. Universiti mana, kolej, matrikulasi?? Sememangnya semua yang sudah tamat zaman persekolahan rasa nak sambung belajar kan?? Ade ke habis SPM terus mintak kat mak bapak nak kawin?? Kalau ada tu Syed pun tak tau la ape jenis orang la ni. Keputusan SPM pun tak keluar lagi dah terhegeh-hegeh nak kawin. Satu slip pun tak dak ada hati nak kawin. Pirahhhh. Ape korang ingat dengan slip PMR yang sangat cantik - 3B2C3D tu korang boleh la nak kawin erk?? No way man.


Mula dari harini ade la antara korang yang cuak gila sampai tak leh tidur, tak lalu makan dan bermacam-macam tak lagi la sebab takut nak pegi amik result nanti. Kalau ada yang berani cakap aku sikit pun tak takut nak amik result tu ada dua sebab je dia berani cakap macam tu. First sebab dia memang tak dak perasaan sebab orang lain punya hormon adrenalin dah berkocak ketika ini. Second ialah die memang ada level confiden yang amat tinggi sebab dia conform yang straight A dalam tangan. Haha. Bagus lah kalau macam tu. Syed rasa tak dapat kot nak ada level confiden yang macam tu sebab paper Sejarah memang "senang gila babi". Paham-paham la kan. Damn it. 

Apa-apa pun result kene amik jugak. Kalau keluar tahun depan pun korang still kene amik jugak. Korang tak boleh lari dari hakikat tu. Masa akan berjalan tanpa jemu sehingga sampai masa tersebut. Kalau korang rasa dah terlambat nak bertaubat (memang terlambat pun lagi 1 hari je) doa la banyak-banyak bagi subjek Bahasa Melayu korang tu lulus. Kalau dah Bahasa Melayu pun Fail, lagi la bahasa lain kan, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab lagi la kan. So sekarang ni usaha dah usaha kan. Tinggal tawakal dan redha dengan apa yang akan keluar nanti. Hopefully semua akan berjaya ya. Amin2.

pssttt : ya allah..aku memohon kepada mu..dgn rasa hina dan rendah diri..sebagai hamba yg bnyk melakukan dosa..kau ampon kan lah dosa2 ku..dosa2 kedua2 ibu bapa ku..dosa adik beradik ku..dosa sahabat2 ku..ya allah..sesungguh nya engkau adalah tuhan maha kuasa..maha pemurah lagi maha penyayang..aku mohon pada mu ya allah..kau beri kan lah kejayaan kepada ku di dunia dan di akhirat..engkau la tempat ku mngadu engkau jua la tempat ku meminta..tiada kuasa yg hebat melain kan kuasa mu ya allah..kau beri kan lah juga kejayaan kepada sahabat2 ku ya allah..aku mohon pada mu ya robbal alamin...

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.