Header Ads

Domain and Hosting



Hi Felles, what`s up?? 
Eh-eh, silap. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu. Korang ape kabar?? Sihat??
Aku alhamdulilah sihat. Sebenarnya aku dah 2 hari tak ushar dan tak berupdate blog aku ni. Apa-apa pun thanks to you guys sebab sudi nengok blog yang tak seberapa ni. Serius kalau dah mula addicted dengan blog ni, even sehari korang tak tengok blog korang memang rasa bebal semua cukup nak habaq. Lagi-lagi kalau entri-entri yang korang tulis dengan kepala hotak korang tu, yang memang dari naluri dan idea korang. So bila baca balik ape yang korang tulis tu, memang puas sebab semua tu atas usaha sendiri. Kepada yang suka copy-copy artikel blog lain tu, copy tu bukan tak boleh sekurang-kurangnya korang kasi la kredit kat owner blog tu, jangan la sesuka hati claim tu artikel korang. Itu namanya etika berblogging. Hehe, sesi kaunseling berakhir.

Dua tiga hari lepas ada la sorang mamat ni, dia ada comment dekat blog aku. Aku memang tak kisah kalau sesapa nak tegur cara penulisan aku ni. Even aku ni pun newbies dalam berblogging ni. Tapi kalau nak tegur tu biar la berhemah sikit. Jangan nak sesuka hati je maki orang bodoh itu ini. Nak kata blog aku ni hari-hari hits sampai ribu-ribu tak jugak. Ada la dua tiga kerat je kot. And tak popular pun blog aku ni. Aku pun tak paham ape sebab la yang mamat tu emo and macam tak betul je maki aku. Entri aku yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah pun maki sesape. Dan kepada mamat tu aku amik part yang ko cakap aku ni tulis entri pun tak betul dan broken english tu sebagai teguran. Tapi aku tak leh tahan part tu maki aku bodoh semua tu?? Entri tu ko tak nampak ke yang aku post pukul berapa hoi?? 4.30 pagi tau. Typo error maybe berlaku sebab tengah pagi aku tulis entri tu. And for your information haters, aku memang tak check ejaan untuk entri-entri aku ok. Kalau ade error dalam penulisan aku, aku akan inform di bahagian komen or aku akan update kat bawah entri tu. Sesi menegakkan keadilan tamat. Hehe.


Domain?? Natang apa tu?? Domain adalah nama web atau alamat yang korang letakkan pada browser korang untuk melayari sesebuah laman web. Atau senang kata, URL yang korang search blog or website yang belakang URL diorang ade .com, .my, .net, .org dan pelbagai dot lagi la. Kalau nak tau domain ni unik sebab kalau korang search blog or website contoh shiblivision.com, search engines akan link ke website tersebut secara automatik.

Hosting pulak ialah storage yang berfungsi sebagai tempat menyimpan data-data blog seperti gambar, video, teks, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai. Storage yang ditawarkan berbeza kapisiti dan kebiasanya jika ingin storage menyimpan data yang besar, harganya agak mahal tetapi berpatutan. Aku sebenarnya nak try something new dalam dunia blog ni. Nak try juga ada hosting and domin sendiri. Aku sedang dalam proses mencari maklumat dan sedang survey beberapa hosting site yang menjadi pilihan para blogger di luar sana seperti iHosterz, Fivo Hosting, Server Freak and banyak lagi. Harap-harap satu hari nanti aku ada domain dan hosting aku sendiri la yerk. Kepada yang pro pasal domain and hosting sila tinggalkan komen korang. Segala komen korang amat dihargai

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.