Lesen Oh Lesen..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Dah lama rasanya Syed tak updated blog yang seba kekurangan ni.. Syed lama tak update bukan sebab apa, Syed sedang belajar untuk men'design'kan blog sekarang ni.. So sebab tu la lama tak update blog Syed.. so harini dengan sukacitanya Syed nak tulis entri untuk share sama-sama dengan korang ya.. Syed dalam proses untuk mendapatkan lesen 'P' kereta.. Masuk pagi tadi, dah jam ke 3 Syed belajar.. Memang cuak la nak bawak kereta mula-mula tu.. Syed memang tak pernah bawak kereta sebelum ni, tapi niat nak bawak kereta tu memang ade la, and Syed pernah mintak kat mak Syed, bagi la Syed try bawak sekali kan.. tapi mak Syed memang dari dulu tak pernahnya nak bagi.. so nak buat macam mana kan.. kata nak jadi anak yang baik, kena la ikut cakap mak ayah..hehe..

So pagi td pukul 11 Syed pegi ke driving school untuk buat latihan bagi jam yang ke 3.. Syed pun buat la macam semlam (first day bawak keta) mula-mula bukit, then parking last kali 3 penjuru.. mula-mula ok la.. then lepas pak cik yang mengajar Syed tu masuk untuk buat latihan bahagian 2 kot kalau tak silap la, yang bahagian jalan raya tu.. Syed macam dah hilang fokus.. mula la meraban sana sini, masuk gear dah tak betul semua la jadi tak kena.. adesss, yang pak cik mengajar tu dah mula bising itu ini..

Mana tak nya dari mula naik dengan dia.. mak ai!! TAK BERENTI cakap.. asyik bising ja la.. itu tak kena la, ini salah la.. clutch tekan tak habis, takut nak tekan minyak la.. fuhhh, memang pak cik tu asyik membebel ja keja.. sampai tak larat la nak dengar.. Tapi Syed dengar je la kan tak kan nak sound balik pak cik tu.. die dah lama dalam bidang ni so ape yang die cakap berdasarkan pengalaman die.. walaupun macam tu Syed respect la pak cik ni sebab die boleh masuk la dengan Syed although die agak tegas sikit.. tapi tak pa la, itu semua niat die nak mengajar kan.. kite sebagai anak murid yang nak terima ilmu kena tadah telinga la kan..

Anyway Syed harap yang Syed cepat dapat apa yang pak cik tu ajar kat Syed sebab buat lesen ni bukan guna air liur kan, semua guna duit bro.. kalau free xkisah la bapa juta kali ulang pun.. tapi serius balik rumah memang sakit tangan bro.. abes lenguh semua tangan-tangan ni.. keras gila stereng nak kilas..perhh.. haha..
So kepada sahabat-sahabat ku yang sedang ambil lesen macam aku ni.. aku doakan korang lulus la ok guys.. 
Share on Google Plus

About Syed Naqiuddin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...