Header Ads

Selamat Hari Raya


Entri ringkas..
Wah..esok dah raya kan. Amboi sekejap je rase bulan ramadhan tahun ni. Pejam celik pejam celik dah habis sebulan kita berpuasa. Masya allah, cepatnya masa berlalu. Apa-apa pun semoga kita dapat berjumpa dengan bulan ramadhan tahun hadapan..bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan dimana pintu-pintu syurga dibuka kesemuanya dan pintu-pintu neraka ditutup dan bulan dimana terdapat satu malam yang mana barangsiapa yang beribadat pada malam itu seolah-olah dia beribadat bersamaan seribu bulan. Sama-samalah kita berdoa agar dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni. Amin.

Ramadhan berlalu meninggalkan kita, Maka Syawal pula datang menjelma. Alhamdulilah setelah bertungkus-lumus umat islam menunaikan ibadat puasa pada bulan ramadhan, maka syawal adalah bulan dimana umat islam meraikan kemenagan mereka kerana umat islam bukan sahaja dapat menahan lapar dan dahaga, pada masa yang sama dapat menahan nafsu mereka. Moga ramadhan kali ini dapat memberi perubahan dalam diri saya agar dapat menjadi seorang insan yang sentiasa patuh kepada ajaran islam, menjadi seorang anak yang taat dan patuh kepada kedua ibu bapa. Insya allah.


Raya tahun ni agak kurang berseri dari tahun-tahun sebelum ni. Bayangkan selalu raya pertama semua family ayah aku balik kampung; 11 family gather semua. Tahun ni tak cukup 1 family. Abang ayah aku yang no 2 tu pulak dah la paling ramai anak die. Tahun ni diorang beraya di Kota Suci Mekkah. Terasa betul bila diorang tak ada raya tahun ni sebab tahun-tahun sebelum ni diorang mesti balik 2-3 hari awal sebelum raya. So kiitorang memang akan berkumpul ramai-ramai pagi raya tu. Selamat Hari Raya buat Caca Hussein sekeluarga semoga semuanya berjalan lancar di sana. Amin.  


Alhamdulilah, raya tahun ni semuanya berjalan lancar. Raya pertama di Taiping, seperti biasalah, semua pak cik-pak cik balik beraya di Taiping. Syukur walaupun aku ni dah besar masih dapat lagi duit raya dari pak cik- pak cik aku. Rasa bersyukur sangat aku dilahirkan dalam family yang besar dan yang paling penting hubungan antara keluarga masih rapat walaupun ramai yang diantara adik beradik ayah aku yang menetap di Kuala Lumpur. Terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku sebuah keluarga yang penyayang. Semoga hubungan kekeluargan kami sentiasa terpelihara Ya Allah.

Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam dan Maaf Zahir Batin kepada yang mengenali diri ni. Insya allah bertemu lagi di entri akan datang. Sekian, Salam Hari Raya.

No comments

COmment

SUBSCRIBE NOW!!

Syed Territory
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.