Google Memperkenalkan Google Nexus 6 Dan Nexus 9 Diperkenalkan Secara Rasmi
Google Nexus 6
Google telah pun memperkenalkan
flagship terbaru mereka iaitu Google Nexus 6
secara rasmi. Seperti yang telah tersebar sebelum ini, peranti Google
Nexus 6 kali ini merupakan kerjasama antara Google dan juga Motorola yang mana
sebelum ini Google memilih LG untuk berkerjasama menghasilkan peranti Nexus
bagi model sebelum ini.
Jika dilihat dari segi reka
bentuk peranti ini, rekaan Nexus 6 ini seakan sama seperti peranti Moto X (2014)
dan kemasan pada bahagian bingkai yang menggunakan besi metalik membuatkan
Nexus 6 ini kelihatan lebih premium berbanding model sebelum ini. Nexus 6
muncul dengan saiz phablet iaitu 5.95 inci dengan paparan QHD 1440×2560 piksel,
dilengkapi dengan cip prosesor Quad Core 2.7GHz Snapdragon 805, cip grafik
Adreno 420, RAM 3GB dan mempunyai kapasiti bateri 3220mAh.
Skrin lebih besar serta prosesor
hebat, jika peranti lain pastinya jangka hayat bateri menjadi isu utama tetapi
Google memberitahu bateri Nexus 6 ini mampu bertahan lebih 24 jam. Selain itu,
Nexus 6 turut menyokong pengecasan pantas (Turbo Charge) yang mana pengguna hanya perlu mengecas
Nexus 6 selama 15 minit dan bateri peranti ini mampu bertahan selama 6 jam tempoh
penggunaan. Google Nexus 6 ini akan mula dijual di Amerika Syarikat pada penghujung Oktober ini.
Spesifikasi penuh Google Nexus 6:
Google Nexus 9
Google turut memperkenalkan tablet
terbaru bagi menggantikan Nexus 7 dan juga Nexus 10 dengan memperkenalkan
Google Nexus 9. Google Nexus 9 ini merupakan peranti Nexus pertama dari HTC yang
mana menyaksikan HTC kini muncul semula dalam pasaran tablet.
Jika sebelum ini khabar angin
mengatakan yang mana Nexus 9 ini akan muncul dengan rekaan Unibody metallic yang digunakan pada HTC One, tetapi HTC nampaknya
memilih untuk menggunakan plastik lembut Matte pada bahagian belakang tablet
tersebut.
Dari segi spesifikasi, Nexus 9
ini menggunakan cip prosesor 64-bit Tegra K1, 2GB RAM, skrin sebesar 8.9 inci
dengan resolusi 2048 x 1536, lens 8MP pada kamera utama dengan aperture f 2.4,
kamera hadapan 1.6MP, NFC terbina dalam, pilihan storan dalaman 16GB/32GB, sokongan LTE. bateri berkapasiti 6700mAh dan menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop. Bagi peranti Nexus 9 pula, pengguna di Amerika Syarikat boleh membuat pra-tempahan pada 17 Oktober dan akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 3 November ini.
Spesifikasi penuh Google Nexus 9 :
Rujukan: AndroidAuthority
Post a Comment