Manchester United vs Chelsea - Liga Juara-Juara
Bahang kehangatan kempen Liga Juara-Juara Eropah semakin terasa. Sudah pun memasuki pusingan suku akhir pertama yang menyaksikan 8 pasukan yang layak ke pusingan suku akhir iaitu Manchester United, Chelsea, Tottenham Hotspurs, Barcelona, Real Madrid, Shalke 04, Inter Milan dan Shakhtar Donetsk. Real Madrid membuktikan kekuatan mereka dengan mudah dan bergaya membenam Tottenham 4-0 pada awal pagi tadi. Dengan berbekal kemenangan 4-0, Real Madrid dilihat menjadi pasukan pilihan untuk ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Mengikut jejak langkah Madrid iaitu pasukan dari liga German iaitu Shalke yang membuktikan mereka salah satu dari 4 pasukan pilihan yang akan mara ke peringkat separuh akhir dengan memenangi perlawanan pertama mereka menetang Inter Milan dengan kemenangan 5-2. Wahh, team-team yang dah melalui perlawanan pertama menang besar eh dengan lawan masing-masing. So pridiction untuk match malam ni macam mana?? Adakah jumlah jaringan yang banyak dapat kita saksikan?? So. malam ni jom ramai-ramai tengok match United vs Chelsea ok?? Ni dia details untuk match awal pagi semalam :
Bagi United pula. dengan prestasi Wayne Rooney yang semakin mendapat sentuhan gol, United akan menurunkan barisan terkuat mereka untuk merobek pertahanan Chelsea yang diketuai oleh John Terry. Manchester United atau Chelsea?? Mana satu pilihan anda?? Aku kipas susah mati United dari dulu lagi. Hehe.. Glory, Glory Man. United.
Post a Comment